Umum mengetahui, pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz selamat menimang cahaya mata kelima, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz, Almy Nadia Timang Cahaya Mata Kelima
Artikel Berkaitan: ‘Goodluck Sayang, Sebulan Dua Ni Memang Orang Tahu Kecam Je’ – Almy Nadia
Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz Ajak Peminat Ke Bera, Seronok Sertai Moh Karnival Makmur
Anak perempuan yang kelima
Terbaru, Fizz berkongsi mengenai status jantina anak bongsunya. Menurut Fizz, isterinya, Datin Almy Nadia selamat bersalin cahaya mata perempuan mereka yang kelima, Rabu lalu.
Alhamdulillah, kami terima banyak ucapan dan doa daripada peminat. Malah ada yang cakap akhirnya dikurniakan anak lelaki.
Tapi hari ini biarlah saya maklumkan, kami telah dikurniakan anak perempuan yang kelima.
Fizz berkata demikian ketika Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire yang diadakan di Angsana Johor Bharu Mall, Johor, pada Sabtu.
Lahir awal dua minggu
Sebagai suami, Fizz meluahkan rasa syukur kerana segala urusan berhubung kelahiran dipermudahkan. Bukan itu sahaja, isterinya turut berada dalam keadaan baik dan kini sedang menjalani tempoh berpantang.
Kalau nak diikutkan, tarikh Almy dijangka bersalin adalah pada 6 Oktober depan. Namun bayi kelima kali lahir lebih dua minggu awal secara normal.
Syukur semuanya dipermudahkan. Meski dua tiga minggu sebelum kelahiran, Almy mengalami sakit di bahagian bawah perut kerana kedudukan bayi yang sudah ke bawah sehingga dia sering keluar masuk hospital.
Ketika itu, dia belum boleh bersalin lagi kerana bayi baru berusia 35 minggu. Setiap kali rasa sakit, doktor akan berikan ubat demi memastikan keselamatan bayi dalam perut.
Jadi bila kandungan sudah masuk minggu ke-37 dan kami sekali lagi ke hospital untuk buat pemeriksaan, didapati sudah ada bukaan sebanyak 2 sentimeter.
Untuk info, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada April 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3.
Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.