Usahawan berjaya yang juga merupakan jutawan pati aromaterapi, Norhidawati Abdul Aziz memaklumkan dirinya komited dalam memberikan sokongan serta bantuan buat para usahawan yang tertekan sama ada dari segi kewangan mahupun emosi gara-gara keadaan ekonomi yang memberi kesan perniagaan mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jutawan Tudung, Haliza Maysuri Tak Kisah Belanja Duit Tempah Busana Harga RM250,000 & Dihiasi 83,900 Butir Kristal Swarovski
Pentingnya teknik penggunaan yang betul
Ketika ditemui OhBulan!, Norhidawati yang juga merupakan pengasas syarikat OilyLicious Sdn. Bhd berkata, inisiatif yang cuba dilakukannya adalah dengan memberikan didikan kepada orang ramai di luar sana tentang teknik penggunaan pati minyak aromaterapi serta ‘mind set’ yang betul.
Menurutnya, teknik penggunaan minyak aromaterapi yang betul dapat membantu seseorang itu mencapai tahap kesihatan yang maksimum sekaligus membantu mengawal masalah kesihatan mental yang ada.
Dapat kita lihat, zaman sekarang ramai orang terutamanya golongan usahawan yang berdepan dengan masalah kesihatan mental.
Jadi, saya tekad untuk membantu memberikan pendedahan bukan sahaja kepada usahawan tetapi juga kepada orang di luar sana tentang tata cara serta teknik penggunaan pati aromaterapi yang berkualiti tinggi dengan betul.
Sekiranya mereka menggunakan teknik yang betul, insya-Allah mereka dapat mencapai tahap kesihatan mental serta emosi yang terbaik lebih-lebih lagi apabila perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Jadi sebab itu saya ingin menggunakan platform yang ada untuk memberikan kesedaran mengenai kebaikan menggunakan pati aromaterapi kepada orang ramai.
Norhidawati berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada satu sesi temu bersama wartawan di OilyLicious Healthcare Sdn. Bhd bertempat di Bukit Raja, Klang pada petang Selasa.
Tambah Norhidawati, pihaknya juga telah menyediakan pelbagai program sokongan buat golongan usahawan di bawah bimbingannya dalam membantu mereka terus bangkit dan bergerak ke hadapan.
Dan dapat kita lihat kebanyakan usahawan mengalami kerugian yang sangat besar sehingga menjejaskan pendapatan mereka ketika berlakunya pandemik Covid-19 beberapa tahun yang lalu.
Jadi dengan teknik yang betul, ia berupaya untuk membantu mereka terus bertahan dan memperkuatkan lagi ‘mind set’ serta emosi mereka.
Kami juga menyediakan beberapa program sokongan sebagai satu usaha untuk menguatkan serta menenangkan emosi para usahawan yang terjejas.
Kami percaya hanya dengan emosi yang tenang, kita dapat berfikir dengan lebih rasional dan membuat keputusan yang bernas dan tepat dalam merangka strategi pemulihan perniagaan.
Jalankan ‘roadshow’ beri sokongan
Seperti yang sedia maklum, setiap perniagaan yang dimulakan setiap usahawan itu akan melalui fasa yang berbeza-beza dan kebanyakan dari mereka pada hari ini berada di dalam keadaan yang sangat rapuh dek dari segi tekanan mental dan emosi gara-gara keadaan ekonomi tidak menentu yang menjejaskan pendapatan mereka.
Norhidawati berpendapat, masih ramai yang tidak tahu bagaimana pati minyak aromaterapi mampu merangsang serta memberi ketenangan minda kepada pengamalnya jika teknik penggunaan yang tepat dijalankan.
Sehubungan dengan itu, syarikat milik Norhidawati mengambil inisiatif untuk berkongsi ilmu dengan menjalankan beberapa ‘roadshow’ di seluruh negara bagi memberi sokongan kepada usahawan-usahawan tersebut.
Salah satu kaedah yang dibuat sewaktu roadshow tersebut adalah membantu para usahawan untuk memperkuatkan lagi ‘mind set’ serta emosi mereka dalam membantu mereka untuk terus bertahan.
Program sokongan yang dilakukan ini akan diteruskan lagi pada tahun 2024 bagi membantu lebih ramai lagi usahawan di seluruh Malaysia.
Raikan usahawan tanda penghargaan
Selain daripada menyediakan program sokongan buat para usahawan di bawah bimbingannya, Norhidawati juga akan menghargai para usahawan dengan mengadakan majlis apresiasi buat mereka.
Terbaharu, satu majlis meriah berjaya diadakan di sebuah dewan di Shah Alam yang dihadiri lebih 150 orang para usahawan yang dibimbingnya.
Hampir 90% usahawan di bawah bimbingan kami adalah wanita yang tekad mahu meningkatkan taraf ekonomi dan juga menjalani gaya hidup sihat melalui terapi minyak pati aromaterapi.
Sebagai pemimpin dan individu yang telah mencipta nama dan kejayaan dalam bidang ini, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membimbing mereka seikhlas hati bagi memastikan impian mereka tercapai.
Saya akui mereka sangat tekun dan bersungguh-sungguh mengikuti setiap kelas serta program yang saya sediakan. Justeru majlis penghargaan ini saya khaskan bagi meraikan mereka.
Untuk info, Norhidawati pernah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia apabila menjadi wanita Muslim pertama yang dinobatkan sebagai Royal Crown Diamond dalam industri minyak aromaterapi Young Living.
Selepas hampir 10 tahun melibatkan diri dalam bidang berkenaan, usahawanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini begitu komited membantu lebih ramai individu menjalani jalan hidup sihat melalui terapi minyak aromaterapi.