berita

Tekanan Akibat Hilang Kerja, Bekas Juruterbang Maut Terjun Tingkat 12

August 5th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Tidak dinafikan, wabak penyakit Covid-19 yang melanda dunia hari ini memberi kesan kepada ramai orang terutama sekali mereka yang bekerja dalam sektor pelancongan. Malah ada yang hilang punca pendapatan mereka selepas dibuang kerja seperti bekas juruterbang ini. Lebih menyedihkan apabila dia alami tekanan perasaan yang dahsyat sehingga menyebabkan dia bertindak bunuh diri. Sedihnya.

Terjun dari tingkat 12

Bekas juruterbang itu ditemui maut selepas terjun dari unit kondominiumnya di Puchong, dekat Serdang pada hari Isnin lepas.

Kita ada terima laporan mengenai kejadian itu kelmarin. Mangsa dipercayai terjun dari kondominiumnya kerana dipercayai akibat tekanan diberhentikan kerja baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, mangsa dikenal pasti sebagai A Sanjiv Daevin dikatakan berbuat demikian kerana tertekan akibat kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.

Meninggal di tempat kejadian

Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa yang berusia 35 tahun dipercayai terjun dari rumahnya di tingkat 12 di sebuah kondominium di Bandar Kinrara.

Pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian tidak menemui kesan mencurigakan atau unsur jenayah, pemeriksaan fizikal pada mayat juga tiada menemui kecederaan akibat perbuatan jenayah.

Difahamkan, mayat mendiang Sanjiv akan dibawa ke Taman Peringatan Jing An, dekat Kajang, jam 2.30 petang semalam bagi upacara sembahyang. Mayat itu kemudian akan dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Kuari Taman Pertama, Cheras, pada jam 4 petang untuk proses membakar mayat.

Berita sedih itu turut memberi kesan kepada orang ramai yang merasai beban kewangan di musim Covid-19 ini. Takziah buat keluarga mendiang.

Sumber : Berita Harian, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×