Di Instagram, pelakon Rita Rudaini memberitahu dirinya tidak pernah dibuli di set penggambaran seperti yang didakwa segelintir bakat baharu.
Artikel Berkaitan: Anak Lelaki Rita Rudaini Pecah Rekod Lagi! Kali Ini Dalam Acara Larian 200m Kejohanan Olahraga MSSD
Artikel Berkaitan: Anak Rita Rudaini Raih CGPA 3.842, Dapat Anugerah Khas Daripada Pengetua
Sis pun pernah kena
Menurut Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, tindakan mencampak skrip atau ditengking di set penggambaran tidak boleh dianggap sebagai satu perbuatan buli. Ujar ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, tindakan tersebut mungkin berlaku disebabkan sikap pelakon itu sendiri yang tidak memberi fokus tatkala sedang berlakon.
Sis pun pernah kena buli juga dekat set penggambaran. Dicampak tapi bukan skrip la, dicampak dengan kasih sayang. Kena campak skrip, tengking ke itu bukan buli. Mungkin banyak main telefon atau bertiktok atau tak hafal skrip.
Selama tiga dekad jadi pelakon, tak pernah lagi ada buli. Kalau campak skrip itu bukan buli. Tekap seterika, pukul baru boleh dilabel sebagai buli. Manja sungguh.
Tambah Rita, sebagai pelakon baharu golongan tersebut perlu bersikap profesional dan tidak terlalu manja semasa bekerja.
Dicampak dengan kasih sayang
Terdahulu, beberapa pelakon baharu mengakui diri mereka pernah menjadi mangsa buli di set penggambaran.
Sumber: Rita Rudaini