Gara-gara suplemen, pelakon baharu dan pempengaruh media sosial, Nurin Afiqah menjadi bualan ramai di media sosial.
Artikel Berkaitan: Dah Bekerjasama Dengan Polis, Influencer Nafi ‘Ajak’ Artis Bergambar Di Luar Dewan
Beauty is expensive
Menerusi hantaran video, Nurin berkongsi jenis-jenis pil yang diambil setiap hari kepada pengikut di akaun TikTok miliknya. Antaranya adalah sunblock, Vitamin C, untuk penghidratan kulit kering dan lain-lain lagi.
Nurin, 26, turut menulis kapsyen ringkas yang berbunyi, ‘Kecantikan itu mahal.’
Di penghujung rakaman itu, pemilik nama Nurin Afiqah Zulkifli dilihat menelan kesemua enam biji suplemen dengan sekali teguk air minuman.
Tak sayang buah pinggang ke?
Semestinya pengguna media sosial mula membanjiri ruang komen dengan meninggalkan pelbagai respon. Rata-rata netizen mula mempersoalkan jumlah pengambilan pil setiap hari kerana merasakan terlalu banyak.
Selain itu, wargamaya juga risau dengan keadaan buah pinggang pelakon drama Wifi Sebelah Rumah.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat hampir 400,000 tontonan dan lebih 1000 komen.
Sumber: TikTok @nurinafiqaaah