Ciapan terbaharu di laman Twitter milik pelakon Eyra Hazali yang berkongsi telatah anak sulungnya Hayder Qalish telah mencuri perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Umum Hamil, Suami Teruja Bakal Jadi Ayah Dua Anak – ‘Awak Serius Ke Sayang?’
Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Luah Bangga Dengan Suami, Berjaya Buka Restoran Sendiri
Lagu JDT dalam doa
Menerusi ciapan tersebut, Eyra berkongsi momen lucu yang terjadi ketika dia dan anaknya itu sedang berdoa selepas mereka bersama-sama mendirikan solat.
Kongsi Eyra, ketika menadah tangan, Hayder pada mulanya mengikut setiap doa yang dipintanya kepada Tuhan.
Namun, secara tiba-tiba anak kecil berusia tiga tahun itu menyelitkan lagu kelab peminat pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam doanya.
Netizen terhibur
Telatah Hayder telah berjaya mencuit hati ramai netizen. Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas terhibur dengan perkongsian tersebut.
Dalam pada itu, ada juga segelintir wargamaya yang berseloroh mengatakan Hayder telah ‘terpengaruh’ dengan bapanya Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gol pasukan JDT.
Untuk info, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada November 2019. Mereka dikurniakan dua putera iaitu Muhammad Hayder Qalish, 3, dan Muhammad Endra Haqimie yang kini berusia setahun.
Sumber: Twitter