Pelakon Eyra Hazali berkongsi rasa syukur dan gembira dengan kejayaan suaminya yang merupakan penjaga gol, Haziq Nadzli membuka sebuah restoran makanan.
Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Pegang Nasihat Ibu, Sentiasa Jaga Nama Baik Ayah
Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Umum Hamil, Suami Teruja Bakal Jadi Ayah Dua Anak – ‘Awak Serius Ke Sayang?
Buka restoran sendiri
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG)nya, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 24, mendoakan agar pembukaan restoran baharu suaminya yang terletak di Bandar Dato Onn, Johor Bahru akan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Alhamdulillah, tahniah sayang. Semoga Allah membimbing dan memberkati anda dalam segala hal. Semoga perniagaan anda berjaya di tahun-tahun akan datang.
In Shaa Allah restoran kami akan dibuka pada 19 January 2023 ( Khamis ) di Bandar Dato Onn,Johor Bahru. Boleh search Haziq Shell’All’Out di google maps ya. Kedai beroperasi dari 4 petang – 12 tengah malam. Jom datang ramai-ramai.
Dalam pada itu, pelakon ini juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir ke majlis pembukaan itu serta doa-doa yang telah diterimanya.
Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah malah turut mendoakan perniagaan pasangan suami isteri ini.
Komen
Sumber: Eyra Hazali