berita

‘Telur Seakan Berdarah..’ – Jumpa Bungkusan Kuning & Pernah Dirasuk, Rumah ‘Peninggalan’ Ini Akhirnya Terjual

December 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Memang tak dapat dinafikan, gangguan jin boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuklah di rumah. Kadangkala, kehadiran ‘mereka’ ini turut dirasai oleh penghuni rumah berkenaan.

Terbaru, seorang pengguna Twitter ada berkongsi pengalaman seram yang dialami oleh mereka sekeluarga ketika menetap di sebuah rumah.

Kisah seram rumah peninggalan

Menerusi perkongsian daripada Azwnznl94, dia memberitahu apabila rumah yang pernah didiami pada suatu ketika dahulu ‘diganggu’ makhluk halus. Malah, rumah tersebut telah pun dijual oleh bapanya.

Ada kesan gigit

Menurut individu ini, rumah tersebut merupakan peninggalan arwah neneknya dan mereka sudah menetap di situ hampir 20 tahun. Namun kejadian seram kerap berlaku sehinggakan terdapat lebam dan kesan gigit pada kaki ibunya itu.

Mereka kemudian mencari seorang bomoh untuk datang memeriksa keadaan rumah tersebut dan rupa-rupanya tanggapan mereka adalah betul. Rumah itu turut ‘dihuni’ oleh makhluk halus.

Telur seakan keluarkan darah

Bomoh itu kemudian memulakan ‘rawatan’ dengan memecahkan telur dan apa yang mengejutkan telur itu telah pecah dan seakan mengeluarkan darah. Tidak terhenti di situ, kakak individu ini turut dirasuk sehingga pengsan sepanjang rawatan dilakukan. Oleh hal yang demikian, bomoh telah memagar rumah berkenaan.

Punca sebab iri hati

Semasa rawatan di lakukan, makhluk halus itu memberitahu tujuan dia datang ke rumah itu kerana telah dihantar oleh seseorang untuk menghancurkan keluarga tersebut dan ingin membunuh seseorang sambil menuding jari ke arah ayah individu ini. Malah barang-barangan antik yang terdapat di dalam rumah itu turut dibuang.

Jumpa bungkusan kuning, busuk

Lebih mengejutkan apabila bomoh meminta mereka untuk menggali satu kawasan itu dan alangkah terkejutkan apabila mendapati terdapat satu bungkusan berwarna kuning yang ditanam di bawah pokok rambutan. Paling tidak tahan adalah bau yang dikeluarkan dari bungkusan itu tersangatlah busuk. Akhirnya, mereka sekeluarga membuat keputusan untuk menjual rumah tersebut.

Rumah dah pun dibeli

Menjengah ke ruangan komen, ada seorang pengguna Twitter mendakwa rumah yang dijual itu telahpun dibeli oleh bapanya. Tambahnya lagi, mereka langsung tidak tahu mengenai ‘kisah’ di sebalik rumah terbabit.

Sumber: Azwnznl94

SKIP THIS AD ×