berita

Tema Baju Raya Tahun Ni Lebih Ranggi Dengan Ducati, Boleh Dapatkan Di Lazada Dan Shopee!

May 6th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Seronoknya dah masuk bulan Ramadan. Walaupun sambutan Ramadan tahun ni lain daripada tahun-tahun lepas, nikmat puasa tu tetap sama. Dah masuk minggu kedua kita berpuasa, vibe hari raya tu mesti dah rasa sikit-sikit.

Korang dah start cari baju raya ke? Maklumlah, raya pertama memang selalunya kita sibuk nak melaram. Bila raya kedua dan seterusnya mesti nak pakai kasual sebab lagi selesa kan. Kalau korang tengah cari baju kasual untuk raya ni, boleh la usha pakaian jenama Ducati kat Lazada dan Shopee! Klik link ni je..

Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/ducati

Shopee: https://shopee.com.my/mirozaleather?v=9d1&smtt=0.0.3

Tampil kasual di Hari Lebaran dengan rekaan dari Ducati

Nak nampak lebih glamour untuk raya tahun ni? Kami cadangkan korang bergaya dengan pakaian rekaan khas oleh Ducati. Pakai kasual macam ni waktu raya memang nice. Nampak ranggi dan paling penting selesa.

Ducati bukan jenama motorsikal ke?

Memang betul! Ducati adalah jenama motorsikal yang paling disukai oleh peminat motosikal berkuasa tinggi. Kalau korang nak tahu, Ducati juga ada jenama pakaian mereka sendiri tau.

Rekaan pakaian oleh Ducati lebih kasual & versatil

Ducati bukan jenama motorsikal yang biasa-biasa. Ditubuhkan pada tahun 1926, jenama terkenal dari Itali ini turut mengeluarkan pelbagai jenis pakaian kasual. Design yang simple tapi menarik.

Bukan pakaian untuk dewasa je yang ada. Ducati juga ada pakaian untuk kanak-kanak tau. Korang yang ada anak tu boleh la berpakaian sedondon untuk raya kali ni. Baru nampak cantik bila ambil gambar keluarga!

Selain tu, Ducati ada juga barangan aksesori seperti beg, dompet dan tali pinggang. Takde idea nak gayakan macam mana? Jangan risau, korang boleh refer gambar dekat bawah ni.

Yang ni contoh untuk dewasa. Memang segak bila pakai Ducati ni.

Ni pulak contoh untuk kanak-kanak. Semuanya comel!

Kat mana nak cari pakaian oleh Ducati untuk raya ni? Meh kami bagitahu korang..

Ducati akan muncul di Lazada buat kali pertama!

Surprise! Ducati akan lancarkan flagship online store pertama mereka di Lazada tak lama lagi. Selain di Lazada, korang juga boleh dapatkan pakaian jenama Ducati di Shopee, bawah Miroza Leather store. Yay!

Pelbagai pakaian dan barangan kulit asli Ducati oleh Master Licensor akan dijual di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Antara kategori yang ada ialah pakaian bayi, pakaian kanak-kanak, pakaian lelaki dan barangan aksesori kulit. Syoknya!

Korang boleh dapatkan barangan jenama Ducati di Sogo serta Parkson, Aeon dan Pacific terpilih. Lagi best tengok depan mata kan? Baru puas.

Ingat! Jangan lupa klik link di bawah untuk usha pakaian jenama Ducati yang menarik lagi..

Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/ducati

Shopee: https://shopee.com.my/mirozaleather?v=9d1&smtt=0.0.3

Jangan lupa pakat dengan keluarga kat rumah tau. Baru best raya kali ni. Selamat bergaya dengan Ducati!

SKIP THIS AD ×