berita

Teman Wanita Dibunuh & Dikerat Secara Kejam Sebelum Dibawa ‘Bersiar-Siar’

September 19th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Malang nasib yang menimpa seorang gadis apabila dia dibunuh dan dikerat anggota badannya oleh teman lelakinya sendiri, Melvin Martin Jr. Kejadian tersebut berlaku di Chicago, United States, dan anggota tubuh mangsa turut disimpan di dalam beg secara berasingan sebelum dijumpai pihak berkuasa.

Bawa mayat menaiki bas

Foto: CBS Chicago 

Setelah membunuh dan memotong anggota mayat teman wanitanya, Martin bertindak untuk membawa anggota badan mangsa dan meletakkannya ke dalam sebuah beg.

Dia membawa beg tersebut dengan menaiki bas selama lima jam dari Kentucky menuju ke rumah ahli keluarganya yang berada di selatan Markham, Illinoi. Namun, setelah tiba di destinasi, keluarganya langsung tidak menyedari apa yang terkandung di dalam beg tersebut dan beranggapan ia hanyalah baju dan barang keperluan Martin.

Anggota badan mangsa ditemui apabila keluarga Martin mula menghidu bau busuk, dan Martin ketika itu bertindak menghalang ahli keluarganya daripada membuka beg tersebut.

Sudah dibunuh 3o hari lepas

Gambar sekadar hiasan

Menurut Ketua Polis Markham, Terry White teman wanitanya itu sudah dibunuh sekurang-kurangya 30 hari yang lepas. Mangsa dipercayai dibunuh terlebih dahulu sebelum mayatnya dikerat satu per satu. Anggota badan mangsa  juga diasingkan dan disimpan di dua lokasi yang berbeza.

Separuh daripada badan mangsa bersama dengan Martin di Illinois, manakala separuh yang lain disimpan di Kentucky. Menerusi siasatan yang dibuat Martin telah bahagikan keratan badan mangsa kepada tiga beg yang berasingan.

Kini, Martin ditahan pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: CBS Chicago 

SKIP THIS AD ×