berita

‘Teman’ Wanita Remy Ishak Kecil Hati Kisah Peribadi Dibongkar

December 9th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-12-09 at 10.57.11 AM

Mesti semua sudah sedia maklum bahawa pelakon kacak, Remy Ishak kini sedang mengenali hati budi Pengarah Urusan Roistz Labels, Roszaliza Yusof. Kiranya mereka ni dah ‘rapat’ jugalah.

Tapi, ada kebaikan dan keburukannya juga apabila berkawan rapat dengan selebriti terkenal seperti Remy Ishak. Nak tahu apa keburukannya? Ha.. segala rahsia dan kisah peribadi anda akan mula jadi sasaran orang ramai.

Itulah yang sedang dialami oleh Roszaliza sehinggakan membuat wanita itu berkecil hati dan sedih kerana terkejut dengan situasi itu. Yelahkan, baru-baru ni ada keluar gosip yang mendakwa Roszaliza seorang kaki ‘clubbing’. Hurm. 

Screen Shot 2014-12-09 at 11.00.02 AM

“Saya tahu orang mula ‘mengorek’ rahsia siapa wanita yang makin rapat dengan saya kini dan kerana itu segala hal peribadinya mula diselongkar.

Keadaan itu membuatkan saya terpaksa memohon maaf kepadanya. Yelah, dia bukannya biasa dengan keadaan seperti ini. Sebab itu saya tidak gemar berkongsi hal peribadi.

Bila tak cakap, orang cuba korek, tetapi apabila dah kongsi cerita, jadi lain pula. Susahnya jadi Remy Ishak yer.”

Namun, Remy masih melabelkan hubungan mereka sebagai kawan rapat kerana tidak mahu menanggung malu jika hubungan tersebut putus di tengah jalan.

Sumber: mStar Online

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×