Seorang pemuda lelaki berusia 15 tahun tekad membuat pinjaman Ah Long asalkan rahsianya tiada duit tidak diketahui teman wanita.
Artikel Berkaitan: Pereka Fesyen Popular Mengaku Terjerat Hutang Ah Long RM25,000
Artikel Berkaitan: ‘Sebab Kau Seorang Hutang Ah Long, Habis Satu Taman Kena Simbah Cat’
RM13,000
Memetik laporan NST, remaja tersebut gagal melunaskan bayaran awal hingga hutangnya kini mencecah RM13,000.
Ujar Pusat Pengajian Fardu Ain dan Al-Quran, Darul Muttaqim (DM), remaja berusia 15 tahun itu turut membuat pinjaman daripada 12 ceti haram.
Remaja itu terjumpa iklan di TikTok berkenan seorang Ah Long selepas teman wanitanya mengidam ikan siakap tiga rasa.
Mungkin dia terlalu malu untuk meminjam daripada ibu bapa, dan akhirnya dia terjerat dengan pinjaman ceti haram.
Pengurus Pusat Pengajian Al-Quran Fariz Izhar Adrus memaklumkan remaja tersebut hadir ke Darul Muttaqim (DM) untuk memohon pertolongan.
Difahamkan, pihak DM akan melangsaikan bayaran tanpa bunga dengan syarat remaja tersebut harus mengikuti pengajian fardhu ain selama tiga bulan.
Sumber: New Straits Times