berita

Tembak Depan Sekolah

September 26th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Dua lelaki berhadapan detik cemas apabila ditembak dengan beberapa das tembakan dalam kejadian di hadapan Sekolah Menengah Telok Datok, Banting. Mangsa yang ditembak merupakan pengawal peribadi bersama majikannya dipercayai ditembak oleh individu yang tidak dikenali.

Ketika kejadian, mangsa ditembak oleh dua individu yang hanya menunggang sebuah motosikal.

Ditembak individu tidak dikenali

https://www.youtube.com/watch?v=req_F_3YgPc

Menurut sumber, suspek dipercayai mengekori kereta jenis BMW, sebelum bertindak melepaskan tembakan kepada kedua-dua mangsa itu. Mangsa ketika itu sempat melarikan diri daripada motosikal tersebut sebelum bertindak merempuh beberapa pelajar sekolah dan beberapa kereta.

Kejadian tersebut berlaku, ketika mangsa sedang memandu di kawasan sekolah. Pemandu BMW itu dijumpai dalam keadaan tersepit dalam keretanya dan terkena empat das tembakan di bahagian dada, tangan dan kaki. Mangsa kini dikejarkan ke Hospital Banting bagi mendapat rawatan selanjutnya.

“Setakat ini, kita sedang mengenal pasti suspek dan motif kejadian dipercayai membabitkan pergaduhan antara dua kumpulan,” katanya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes tembakan yang terjadi itu. Berdasarkan siasatan awal, pihak polis beranggapan tembakan itu berlaku akibat masalah perniagaan dan pergaduhan antara dua kumpulan.

Pelajar sekolah menjadi mangsa

Foto: Mohd Redzuan Abdul Manap

Tiga pelajar yang dirempuh oleh kereta BMW tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan telah menerima rawatan di Hospital Banting. Tiga pelajar tersebut hanya mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan leher.

Kejadian tembakan itu berlaku sekitar jam 12.45 tengah hari dan hanya 100 meter dari Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok. Pelajar yang dirempuh itu, ketika kejadian sedang menunggu di tepi jalan selepas selesai sesi persekolahan sebelum dirempuh oleh pemandu BMW yang hilang kawalan setelah ditembak.

Pihak polis meminta orang awam yang menyaksikan kejadian tembakan itu untuk tampil di balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro Mohd Redzuan Abdul Manap

SKIP THIS AD ×