berita

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 28 April – Perdana Menteri

April 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan sejak 18 Mac lalu dan dijangka berakhir pada 14 April ini. Namun, kes wabak Covid-19 di Malaysia masih belum pulih sepenuhnya sehingga pihak kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan lagi tempoh PKP sehingga 28 April ini. Pengumuman lanjutan tempoh PKP ini diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada satu sidang media khas sebentar tadi.

Tempoh PKP dilanjutkan

Berdasarkan situasi terkini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah dapat membantu para petugas kesihatan kita mengawal penularan COVID-19 ke satu tahap yang agak stabil. Menurut unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, PKP yang dilaksanakan dalam tempoh hampir sebulan yang lalu telah sedikit sebanyak mengurangkan kebolehjangkitan dan penularan COVID-19.

Dengan usaha-usaha yang telah dibuat, kes-kes positif COVID-19 adalah terkawal pada kadar 7%, iaitu di bawah benchmark 10% yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO. Kadar kematian akibat wabak ini juga adalah rendah, iaitu 1.6% berbanding 5.8% kadar kematian di peringkat dunia.

Setakat ini seramai 1,830 orang pesakit telah keluar dari hospital. Ini bermakna 43% pesakit COVID-19 telah pulih. Hari ini sahaja jumlah pesakit yang pulih ialah seramai 220 orang, melebihi jumlah kes positif baharu iaitu sebanyak 118 kes. Jumlah kes positif baharu juga telah menunjukkan penurunan sejak beberapa hari yang lalu. Jika trend penurunan ini berterusan untuk tempoh dua minggu akan datang, insyaAllah kita akan dapat mengawal wabak COVID-19 ini daripada menular.

Menurut beliau, tempoh lanjutan PKP dibuat kerajaan kerana ingin membendung keseluruhan kes positif Covid-19. Ini juga merupakan saranan WHO dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia agar tidak menamatkan tempoh PKP dengan kadar segera. Malah, kerajaan juga yakin seandainya kita teruskan PKP dalam tempoh 2 minggu lagi, negara akan pulih daripada wabak berkenaan. Justeru itu, tempoh PKP akan dilanjutkan sehingga 28 April ini.

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×