berita

Tempoh Rayuan Permohonan BPN Dilanjut Sehingga 31 Mei 2020

May 10th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Di dalam perutusan khas sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020.

Ini berikutan terdapat rungutan permohonan tidak lulus disebabkan beberapa faktor.

Tempoh rayuan sehingga 31 Mei

Selain menghantar emel, para pemohon berstatus ‘tidak lulus’ boleh hadir ke kaunter-kaunter LHDN bermula pada 11 Mei iaitu Isnin, manakala bagi negeri yang bercuti, mereka bolehlah ke kaunter pada 12 Mei (Selasa).

Mengenai isu bayaran Bantuan Prihatin Nasional, saya dengar ada rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima bayaran ini atas pelbagai sebab. Antaranya kerana maklumat yang diisi tidak lengkap. Ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan. Ada juga antara yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajar. Jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak.

Ini antara sebab-sebab permohonan ditolak. Mengambil kira semua perkara ini, YB Menteri Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.

Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insyaAllah boleh diluluskan.

Maklumnya lagi, setakat ini kerajaan telah meluluskan sebanyak 10.6 juta permohonan termasuk permohonan baharu dan rayuan. Ini menjadikan jumlah bayaran yang terlibat adalah RM11 billion.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×