Pemergian isteri kepada Ifan vokalis Seventeen atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah dalam satu kejadian Tsunami yang berlaku di Selat Sunda pada tahun 2018 pasti diingati sehingga kini. Walau bagaimanapun, penyanyi itu kini menjalin cinta bersama rakan sekolahnya iaitu, Citra Monica.
Artikel Berkaitan : ‘InsyaAllah Kita Akan ‘Dinner’ Romantis Di Syurga’ – Ucapan Hari Lahir Ifan Seventeen Untuk Arwah Isteri
Namun, ramai yang menyamakan wajah kekasih baru Irfan seiras arwah isterinya, Dylan Sahara. Kalau dilihat dari foto, memang ada iras bahagian mata. Betul tak?
Mungkin kebetulan
Ci aku tu sering mikir, sebenernya ada apa ya dibalik ini semua. Banyak yang berteori soal kemiripan, walaupun aku beralibi dengan “tipikal”. Ini memang sebuah kebetulan, atau memang misteri campur tangan NYA yang tak seharusnya dipecahkan. Yang aku tau kita saling bertemu dalam keadaan yang sama2 tidak mudah.
Menerusi post terbaru Irfan di laman Instagram, menurutnya perkara ini tidak dirancang dan mungkin sahaja kebetulan wajah mereka berdua sama. Apa yang penting mereka berdua saling mencintai dan bukan mudah untuk Irfan melupakan arwah isterinya.
Maafkan ada pengganti
By the way kamu berhasil mengumpulkan hatiku yang sudah jadi serpihan kecil, hal yang tak mungkin mampu aku lakukan sendiri. Jadi maafkan kalau kedepannya kadang aku bersikap terlalu protektif, bukan karna ingin mengekang, cuma mungkin ini kesempatan terakhir aku bisa menggunakan hatiku untuk seseorang.
Dia juga sempat meminta maaf andai dia cepat mencari pengganti kerana dia juga ingin bahagia. Walau bagaimanapun, Irfan akui arwah isterinya berjaya mengajarkannya erti cinta. Di ruangan komen juga ramai yang menyamakan wajah kekasih baru ini seiras arwah Dylan.
Mirip banget
Sumber : Ifanseventeen