berita

Tengah Cantik Posing, Siap Cat Walk Lagi, Momen Miss World Filipina Jatuh Tergolek 2 Kali Curi Tumpuan – ‘Terpelanting Mahkota’

October 5th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Malang tak berbau! Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan detik yang dilalui Miss World Filipina ini apabila dia terpaksa menanggung malu kerana terjatuh di atas pentas ketika acara berprestij itu berlangsung.

Dua kali tergolek atas pentas

Menurut sumber, acara berprestij itu berlangsung selama tujuh jam dan ini membuatkan kesemua para peserta termasuk Miss World Filipina iaitu Trecey Maureen Perez mengalami keletihan. Bukan sekali tapi dua kali! Ketika kesemua para peserta sedang posing di atas pentas sambil menanti pengumuman nama pemenang, tiba-tiba Trecey terjatuh dari tangga ke bawah pentas.

Tetapi nasib malang terus menimpa Miss World dari Filipina ini apabila dia sekali lagi terjatuh ketika namanya dinobatkan sebagai juara. Pada awalnya, Trecey dilihat berjalan dan melakukan cat walk dengan perlahan namun siapa sangka, dia tiba-tiba terjatuh sehingga membuatkan jambangan bunga pada tangan serta mahkota yang dipakainya terpelanting di lantai pentas.

Video tersebut telah viral di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa Miss World Filipina.

Video

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×