Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sendiri, lebih lebih lagi kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam melayari bahtera rumah tangga untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Ada yang terpaksa menunggu bertahun lamanya, ini semua sudah ketentuan Allah SWT.
Seperti perkongsian ini yang buat kami geram apabila masih ada yang tidak sensitif hari ini yang bertanyakan perihal zuriat. Malah soalan rakan wanita ini dilihat seolah-olah satu provokasi terhadap dia dan suami.
Dapat ‘DM’ dari rakan
Wanita ini berkongsi menyambut ulang tahun perkahwinan yang kedua di Instagram Story miliknya. Namun secara tiba-tiba salah seorang rakan wanita ini bertanyakan mengenai anak.
Dia menyarankan agar wanita ini jumpa doktor kerana masih tidak memiliki cahaya mata sendiri. Lebih bengang apabila rakan tersebut baru sahaja melangsungkan perkahwinan, namun sudah sibuk mengenai rumah tangga orang lain.
Konon sekadar berkongsi
Rakan wanita ini kononnya memberi nasihat agar berjumpa doktor untuk periksa tahan kesuburan memandangkan wanita ini sudah 2 tahun tidak mengandung. Menurut rakannya itu, dia memberi nasihat kerana sekadar berkongsi pendapat mengenai hal ini.
Enjoy hidup berdua
Walaupun masih tidak dikurniakan cahaya mata, wanita ini akui bahagia berdua bersama suaminya. Malah mereka juga dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama sementara masih tiada anak.
Sumber : Miya Arsad