berita

Tengah Sibuk Kerja, 10 Pagi JAIS Call Maklum 2.30 Petang Kena Nikah! Bakal Suami Pula Nyenyak Tidur…

June 1st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Memang tak dinafikan, banyak perkara dan perancangan agak terganggu selepas kerajaan mengumumkan ‘total lockdown’ di seluruh negara bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021 berikutan dengan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan. Akan tetapi, sebagai rakyat Malayisa, kita perlu patuh dengan keputusan tersebut untuk kepentingan bersama.

Seperti kisah yang dikongsikan wanita ini, dia menceritakan tentang pengalaman perkahwinannya yang dijalankan secara ‘last minute’ dek kerana ‘total lockdown’.

Nikah ‘last minute’

Menerusi video pendek yang dimuatnaik di TikTok, Nursyawalliah memaklumkan dia telah menerima panggilan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada jam 10 pagi iaitu ketika dia sedang bekerja. Tetapi alangkah terkejutnya apabila pihak JAIS memberitahu bahawa pernikahannya perlu diteruskan pada jam 2:30 petang pada hari yang sama juga. Sementara si pengantin lelaki pada ketika itu pula sedang nyenyak tidur memandangkan itu adalah hari cutinya.

Dalam keadaan ‘rushing’, mereka berdua tetap meneruskan majlis akad nikah tersebut. Malah, berdasarkan video tersebut juga kelihatan rakan-rakan pengantin lelaki agak kelam-kabut membantu memakaikan sampin dan sebagainya. Walaupun begitu, pasangan ini selamat bergelar suami isteri. Benarlah orang kata perancangan Allah SWT itu adalah jauh lebih baik dan indah.

Lepas je nikah, hantar dia balik kem. Bini nak pakai kereta. Esok bini dia kerja. Dia cakap macam bukan pengantin betul lah sayang.

Semua rushing

@alliah9297Nak lockdown kan bumi mlysia jd jais kol 2.30 akd nikah then tyme dea kol pkul 10 pgi da.pa lg rushing trs. Ahahha.Dgn inai xpakai..t bt mjlis skli lg? Kucu Kuca – Chorus – Lia Aziz

@alliah9297Sabaq nah???t sma2????? original sound – ilahsr01

Selamat pengantin baru!

Sumber: Nursyawalliah

SKIP THIS AD ×