berita

Tengking Sebab Salah Faham Nombor Giliran, MBSA Mohon Maaf

May 17th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Ekoran insiden pertengkaran membabitkan seorang kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan seorang pelanggan di kaunter Cawangan Kota Kemuning yang tular pada Selasa, MBSA tampil memohon maaf.

Hanya salah faham berhubung nombor giliran

 

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pertengkaran tersebut berlaku akibat salah faham mengenai nombor giliran menyebabkan kakitangan tersebut meninggikan suara terhadap pelanggan itu. Menurutnya, insiden tersebut berlaku pada 26 April lalu.

MBSA mengadakan siasatan dalaman dan untuk makluman, kejadian itu berlaku akibat salah faham antara seorang pelanggan dan seorang daripada petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

Salah faham itu dapat diselesaikan setelah pelanggan mengambil nombor giliran dan akhirnya meneruskan urusan pembaharuan lesen perniagaan.

Tangkap layar video viral

Shahrin dalam satu kenyataan hari ini turut berkata, MBSA memohon maaf atas insiden yang berlaku dan akan berusaha memastikan perkara sedemikian tidak berulang lagi.

MBSA berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar terhadap isu video yang ditularkan di media sosial. MBSA sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan daripada semua pihak demi meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan kami.

Terdahulu, video berdurasi 1 minit 38 saat itu tular, memperlihatkan seorang kakitangan MBSA meninggikan suara terhadap pelanggan yang berurusan di kaunter.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×