berita

Tengkorak Gadis Pecah Dihentak Gara-Gara Tolak Lakukan Hubungan Seksual Bersama Pengarah

August 20th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pengarah Rogol

Gambar sekadar hiasan

Polis berjaya memberkas seorang pengarah yang didakwa mencederakan gadis berusia 18 tahun selepas mangsa menolak untuk melakukan hubungan intim.

Artikel Berkaitan: Pelajar Perempuan Diperkosa Bergilir-Gilir 5 Orang Lelaki

Artikel Berkaitan: Dua Lelaki Didakwa Merogol & Memasukkan Objek Keras Ke Dalam Alat Sulit Budak 12 Tahun

Mangsa melawan

Pengarah Rogol

Gambar sekadar hiasan

Kejadian yang belaku di Mumbai, India itu menyaksikan suspek didakwa ‘memancing’ mangsa ke sebuah flat rakannya dengan berpura-pura untuk mengambil barang pada 11 Ogos lalu.

Suspek yang dikenali sebagai Deepak Malar kemudian bertindak mengunci mangsa di salah sebuah bilik flat berkenaan sebelum memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seksual.

Menurut polis, gadis tersebut cuba untuk melawan namun suspek bertindak ganas dengan menghentak kepalanya ke dinding dan melemaskannya menggunakan bantal.

Suspek menganggap mangsa sudah mati, dia panik lalu menguncinya dari luar, dan melarikan diri ke bandar.

Bagaimanapun, mangsa yang masih berada dalam keadaan sedar kemudian meminta pertolongan daripada jiran untuk menghubungi pihak polis.

Gadis itu dilaporkan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan muka.

Susulan itu, polis mengesan suspek dengan menjejak maklumat aktiviti di telefon bimbit sebelum berjaya menemuinya.

Berdasarkan pengakuan pengarah berusia 26 tahun itu, dia berniat untuk membunuh gadis tersebut kerana berang keinginan nafsunya ditolak.

Difahamkan suspek dan mangsa mula berkenalan dan berkawan menerusi laman sosial Facebook.

Deepak kemudian didakwa atas kesalahan cubaan membunuh, menyerang dan membuat ugutan jenayah manakala mangsa masih lagi dirawat di hospital.

Sumber: India.com, India Today

SKIP THIS AD ×