Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita nekad membunuh suaminya gara-gara mahu meneruskan hubungan terlarang dengan sepupunya sendiri.
Artikel Berkaitan: Enggan Putuskan Hubungan, Lelaki Pancitkan Tayar, Pecahkan Cermin & Tikam Kekasih
Artikel Berkaitan: Polis Buru Lelaki Didakwa Dera Isteri Sampai Mati, Sempat Hantar Mayat Ke Hospital
Beri pil tidur & lemaskan mangsa
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan India Today, wanita dari Uttarakhand, India bersama sepupunya memberi pil tidur kepada mangsa sebelum melemaskannya menggunakan bantal.
Motif pembunuhan adalah apabila suami wanita itu memutuskan untuk pulang dari Dubai dan membuka kedai di India bagi menyara keluarganya. Bagaimanapun, keputusan itu telah mengganggu hubungan cinta antara wanita tersebut dengan sepupunya.
Difahamkan hubungan sulit itu bermula ketika suami wanita itu berada di Dubai iaitu kira-kira lapan bulan lalu.
Dalam pada itu, suspek juga didakwa mahu mengawal harta suaminya.
Susulan itu, pihak polis dengan segera menyiasat kes tersebut selepas menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Polis kemudian berjaya menahan suspek manakala mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Sumber: India Today