Kehilangan Allahyarhamah Akiko Okumura iaitu isteri kepada usahawan, Ridzuan Ridzokumura sehingga kini masih dirasai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ridzokumura Kongsi Arwah Akiko Simpan Rapi Duit Raya Anak Sejak Umur Setahun – ‘Nanti Sky Boleh Tunaikan Haji’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iqram Dinzly Sifatkan Arwah Akiko Seorang Wanita Sopan, Minta Orang Ramai Henti Cetus Spekulasi – ‘Jangan Sibuk Buat Kerja Tuhan’

Ziarah pusara

@ridz_okumura

Terima kasih banyak2 Tunku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,sudi menzirihi pusara Aisyah Abdullah@Akiko Okumura🙏🏻🙏🏻🙏🏻🇯🇵🇲🇾 Tanah perkuburan usj22

♬ suara asli – “𝟭𝟳” – “𝟭𝟳”

Menerusi hantaran yang dimuat naik Ridzuan di TikTok, dia berkongsi foto Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli menziarahi pusara isterinya.

Ridzuan kemudian berterima kasih dan meluahkan rasa terharu kerana isteri kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu sudi melawat pusara Akiko di Perkuburan USJ 22, Subang Jaya.

Terima kasih banyak-banyak kepada Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sudi menziarahi pusara Aisyah Abdullah @ Akiko Okumura.

Ramai orang sayang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sayu kerana merasai kehilangan arwah Akiko yang disifatkan sebagai seorang wanita yang berhati mulia.

Dalam masa yang sama, warganet juga tidak dapat melupakan momen ketika Tunku Azizah sering meninggalkan komen semasa Ridzuan dan Akiko mengadakan sesi siaran langsung di media sosial mereka.

Arwah memang luar biasa sampai Tunku Azizah pun datang ziarah, rakyat lain belum tentu dapat.

Ramai yang sayang arwah walaupun mereka tak kenal arwah secara peribadi, kehilangan itu sangat terasa.

Tak silap saya, dulu Tunku Azizah selalu komen kalau arwah Akiko hidang makanan, bertuahnya walaupun sudah tiada tetapi masih diingati.

Mungkin Tunku juga rasa sedih macam kita semua. Al-Fatihah untuk insan baik, arwah Akiko.

Terdahulu, Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari.

Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura.

Sumber: TikTok Ridz Okumura