berita

Tengku Hassanal Tolak Elaun Diraja Selama 6 Bulan Demi Tabung Covid-19 Pahang

April 1st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan tidak menerima Elaun Diraja bagi tempoh enam bulan bermula bulan ini sehingga September nanti. Ini kerana, baginda ingin memberikan sumbangan kepada Tabung Covid-19 Pahang.

Disalurkan kepada golongan yang memerlukan

Menerusi Instagram House Of Pahang, perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang iaitu Dato’ Ahmad Khirrizal Ab Rahman menerusi satu kenyataan media sebentar tadi. Baginda turut bertitah agar kesemua bantuan yang dicadangkan dan diluluskan menggunakan Tabung Covid-19 dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Tambah Baginda, seluruh rakyat negeri Pahang perlu menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing serta mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh pelaksanaan yang ditetapkan.

Menjunjung kasih Tuanku

Sumber: House of Pahang

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.