Setiap orang yang lahir dimuka bumi ini pasti memiliki cita-cita, impian dan harapan yang ingin dicapai. Namun tak semua yang kita impikan akan jadi seperti apa yang diharapkan.
Begitu juga dengan kisah seorang lelaki ini apabila dia telah berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan sejak kecil lagi namun kini berasa pekerjaan itu tidak seindah seperti yang dicerita.
Tidak seindah seperti yang dicerita
Menerusi Twitter, Megat berkongsi pengalaman dirinya yang hampir lima tahun bekerja sebagai seorang jurutera.
Namun, kehidupan bekerja dalam bidang ini tidak seindah seperti yang disangka.
Cita-cita sejak kecil lagi
Tambahnya lagi, cita-cita itu mula bangkit apabila melihat dua orang pakcik nya yang bekerja sebagai jurutera. Melihat kehidupan mereka yang serba mewah membuatkan keinginannya itu bertambah mendalam.
Aku rasa kosong
Lelaki ini menyerahkan seluruh kehidupannya kepada pekerjaan ini sehingga dia terlepas banyak perkara lain. Komitmen yang tinggi sebagai seorang engineer membuatkan dirinya itu berasa ‘kosong’. Walaupun begitu, dia tidak pernah menyesal dengan keputusannya untuk bergelar sebagai seorang engineer.
Kau gelar diri kau engineer ke bro?
Menurut individu ini, kejadian yang berlaku pada tahun lepas membuatkan dia begitu tertekan dengan keadaan sekeliling.
Semuanya akan baik-baik je
Tambahnya lagi, apa yang lebih membuatkan dirinya berasa ‘kosong’ kerana dia bersendirian dan tidak mempunyai sesiapa yang boleh dia ceritakan masalah mengenai kerja, tekanan di tempat kerja dan sebagainya.
Aku kejar benda yang salah
Akhir sekali lelaki ini menyatakan bahawa bukan mudah untuk mencari seseorang yang boleh kita kongsikan segala hal dan sejak kejadian itu dia berasa apa yang dikejarkannya selama ini adalah benda yang salah.
Sumber: Megat