berita

‘Tengok Isi Peha Terkeluar’ – Lelaki Malaysia Ini Kongsi Pengalaman Gerun Separuh Badan Dikisar Mesin Di Korea

March 28th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Hujung tahun lepas, viral di media sosial tragedi malang menimpa seorang rakyat Malaysia, Daniel Arif Ahmad Fuad. Insiden yang berlaku itu menyebabkan dia hilang separuh dari kakinya ketika sedang bekerja di kilang pengitar sampah di Samseong, Seoul Korea Selatan.

Selepas 5 bulan berlalu, lelaki ini akhirnya kongsi pengalaman ketika hari kejadian. Memang seram betul baca! Ikuti pengalamannya sendiri..

Safety boot hilang

Pada hari kejadian aku..

Harini mood aku agak membosankan sebab tak pergi mana. Yelah cuaca sini kejap ok kejap tak kan. So aku harini rehat je dalam bilik aku. Ramai org yg baru follow aku nak tahu mcm mana terjadi. Apa sebab terjadi. Ok. Ada sikit benda aku nak tulis cerita pada hari kejadian.

Isnin 19 Oktober 2018
Aku bangun pagi mcm biasa pukul 6 pagi. Start keje pukul 7 pagi. Dah mandi apa semua pukul 6:40 aku turun ke bilik lepak hisap rokok. Yang anehnya, safety boot aku hilang pada hari tu. Dah macam orang gila aku cari tak jumpa. Takpe la. Aku pinjam kasot member aku then teros pegi start mesin. Maklom la tu la keje aku. Start mesin recycle.

Kaki terkena pisau bahagian betis

Pukul 9 pagi aku punya agent kesayangan aku datang. Aku panggil dia Omma sebab dia dah mcm mak aku and layan aku mcm anak dia. Dia ambik aku sebab nak pergi klinik check kaki aku. Seminggu sebelom tu, kaki aku terkena pisau bahagian betis.

Dalam dia punya luka beb. Settle je kt klinik dia tanya aku nak makan apa. Aku jawab je la tak kisah pon. Sekali bawak aku pegi Lotteria. Haaa makan burger bhai breakfast. Katanya pizza tak bukak lagi. Hahaa. Habes makan terus hantar aku balik kilang.

Tiba-tiba terjunam dalam mesin pengisar

Pukul 3 petang mesin stop sebab jem tetiba. So aku as operator, technician, engineer apa semua aku pegi tolong tgk apa yg jadi. Mesin tu tak bergerak beb. Tak boleh jalan. Kitorang pon heran. Aku pon tanya la kat aku punya leader means orang lama, nak tak masok dalam mesin. Dia kata ok jap nak stop mesin. Dia dah settle ok aku masuk. Tengah clearkan benda yang boleh punca sangkut tetiba aku terjunam dalam pengisar. Allahuakbar! Aku jerit! Aku mengucap! Aku fikir aku nak mati.

Kaki aku kebas! Aku tengok peha aku isi terkeluar. Menitik air mata aku. Aku mengucap banyak kali. Sempat mesin tu member aku stopkan. Ya Allah member aku semua keliling aku menangis tengok aku. Sahabat aku nak pengsan. Menggigil aku tengok. Diorang bagi aku air. Time tu aku meraung sekuat hati!! Aku jerit Laillahaillallah.

Rasa dahaga teramat

Lepas 3 minit bomba and medic datang. Dia tenangkan aku. Check tekanan aku mcm mana. Memang aku haus ya amat. Aku piker ya Allah inikah sakaratul maut??? Aku rasa dahaga rasa sangat-sangat. Sebelom diorang datang aku minum 2 botol air member aku bagi. Orang medic tu tanya aku nama apa, duduk mana. Aku dah stress dah. Aku minta air dia kata tak boleh. Bahaya.

Aku heran laa. Pastu dia bagi bantuan oxygen kat mulut aku. Bole pulak dia ajak borak dengan aku. Ok kaki kanan aku memang hancur habes. Kaki kiri sangkut. So diorang decide utk potong. Time dorang potong tu. Allahuakbar azab dia. Sakit yang tak pernah aku rasa. Lepas habes potong terus diorang angkat aku berjemaah masok ambulans.

Muka ditampar banyak kali

Dalam ambulans pulak aku minta air. Wehh memang aku rasa dahaga sangat-sangat!!! Dia tetap taknak bagi. Aku taknak pandang langsung apa jadi kaki aku. Takut aku pengsan. Tetiba ambulans berhenti. Tudiaa helikopter mai. Aku naik helikopter pulak. Time tu aku dah nak pengsan dah. Ada sorang itu entah la aku tak tahu dia tampar muka aku.

Dia cakap wake up! Pastu dia tanya apa makanan kegemaran aku. Kenapa tak suka makanan korea? Aku time tu sabar je. Mengucap je kat hati ni. Masa sama aku nk melayang. Aku pening sangat. Lepas 5 minit aku sampai Hospital Ajoudae. Kelam kabut diorang bawak aku. Time tu aku nampak kabur dah. Pangg kena tampar lg kat muka.

Utamakan keselamatan korang, fikir logik

Masok je dlm bilik bedah, aku tengok seramai tidak weh doctor sambil record aku ramai. Pastu dia letak anesthesia kat hidung aku terus pengsan. Lepas tiga hari aku pon sedar… Benda pertama aku cari air. Memang aku dahaga sangat-sangat. Sakit betul tekak aku diorang letak apa benda tah.

Esok hari pulak pukul 6 petang mak and ayah aku masok tengok aku. Ya Allah betapa sedihnya aku tengok diorang nangis. Sumpah aku tak kuat. So pengajarannyaa lepasni nak kerja safety utamakan ok. Fikir logik. Jangan jadi macam aku.

Salam anak perantauan

Sumber : Danial Arief

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×