berita

‘Tengok Kualiti Poster Dah Tahu..’ – Dilantik CEO Baru Finas, Ahmad Idham Dikritik Netizen

March 14th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Gobind Singh Deo hari ini mengumumkan telah melantik pelakon dan penerbit popular, Ahmad Idham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Ada pengalaman selama 25 tahun – KKMM

Menurutnya, pelantikan tersebut berkuatkuasa Isnin lalu untuk tempoh dua tahun. Di dalam kenyataan rasmi, Gobind Singh memberitahu pelantikan ini bagi menggantikan pemangku, Shakib Ahmad Shakir yang  bertugas sejak empat bulan lalu.

Katanya lagi, jawatan sesuai dipegang Ahmad Idham yang mempunyai kepakaran dalam industri sebagai pelakon, pengarah dan penerbit selama 25 tahun.

Menerima kritikan netizen

  Walaubagaimanapun, peminat filem tempatan nampaknya tidak berpuas hati dan mempertikaikan kredibilitinya sebagai Ketua Pengarah Finas. Ahmad Idham menerusi Astro Awani meminta diberi peluang terlebih dahulu.

‘Sabar, belum mula kerja lagi’

Sabar, saya belum mula kerja lagi. Baru hari ini ke pejabat. Macam mana boleh hakimi saya sedangkan saya belum bekerja lagi.

Namun begitu, saya faham sebenarnya (kritikan) walaupun saya buat filem aliran perdana, saya juga pernah buat filem seni saya juga sedia maklum mengenai industri filem.

Jangan hakimi saya hanya berdasarkan filem-filem yang saya buat sebelum ini kerana (ketika berkarya) terdapat konflik di situ antara perniagaan dan hala tuju industri.

Menurut Ahmad Idham lagi, dia mahu mengubah tanggapan negatif masyarakat mengenai Finas dan mengajak seluruh karyawan untuk sama-sama membetulkan dan menambah baik apa yang kurang dalam industri filem negara.

Sumber : Twitter , Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×