berita

Tentera Negara Indonesia Dedah Visual Keadaan Kapal KRI Nanggala-402 Terbelah 3 Bahagian Di Dasar Laut

April 26th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Seramai 53 anak kapal KRI Nanggala-402 telah diumumkan terkorban oleh Ketua Tentera Indonesia iaitu Hadi Tjahjanto dalam sebuah sidang media tempatan semalam. Malah, Tentera Laut Indonesia turut mengesahkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu termasuk barangan dari dalam aset, sebuah sauh dan sut keselamatan dipakai oleh kru.

Artikel berkaitan: Pengesahan Visual Sedalam 800 Meter, 53 Kelasi KRI Nanggala-402 Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: Setelah 72 Jam Misi Pencarian, Pasukan Tentera Temui 6 Serpihan Kapal KRI Nanggala-402

Berdasarkan rakaman visual yang diterima pihak berkuasa tempatan telah menemui beberapa bukti ‘authentic’ di lokasi berdekatan kapal selam tersebut.

Visual yang terakam di dasar laut

Sumber: Tentera Negara Indonesia

Para penyelamat menemui objek baharu termasuk vest keselamatan yang dipercayai milik KRI Nanggala-402. Imbasan sonar menemui objek seperti kapal selam pada kedalaman 850 meter, melebihi had selaman kapal selam berusia 44 tahun itu.

Berdasarkan foto visual dari ‘Remotely Operated Underwater Vehicle’ yang digunakan dalam pencarian kapal itu telah terakam keadaan kapal berkenaan dilihat terbelah menjadi tiga bahagian di dasar laut di perairan Bali.

Sumber: Tentera Negara Indonesia

Sumber: Tentera Negara Indonesia

Sumber: Tentera Negara Indonesia

Sumber: Tentera Negara Indonesia

Malah, pasukan pencarian turut menemui objek lain termasuk cebisan tikar sembahyang dan botol yang mengandungi minyak pelincir berhampiran lokasi. Selain, sauh dan baju keselamatan yang digunakan oleh kru kapal.

Tentera Laut Indonesia melaporkan terdapat kemungkinan bekalan elektrik terputus semasa selaman statik dilakukan sehingga menyebabkan kapal tersebut hilang kawalan dan tidak dapat melaksanakan prosedur kecemasan.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×