Sebelum ini, negara Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat dan Australia telah menghantar pasukan dengan hampir 24 kapal perang dikerah bagi membantu Indonesia melakukan pencarian kapal selam KRI Nanggala 402. Kapal selam negara itu dipercayai hilang sejak 21 April 2020 di perairan utara Pulau Bali.
Artikel berkaitan: Hilang Sejak 2 Hari Lepas, Bekalan Oksigen Kapal Selam Indonesia Hanya Mampu Bertahan Sehingga Esok Pagi
Artikel berkaitan: ‘Cepat Pulang Sayang’ – Baru Kahwin Dua Bulan, Isteri Krew Kapal Selam Harap Suami Pulang
Terbaru, menerusi laporan Kompas.com, Ketua Tentera Laut iaitu Yudo Margono dan pasukan negara tempatan telah berjaya menemui enam serpihan dipercayai daripada kapal selam KRI Nanggala 402 itu selepas 72 jam misi pencarian.
6 serpihan ditemui
Difahamkan, kapal selam KRI Nanggala 402 itu mempunyai bekalan oksigen sehingga jam 3.00 pagi hari Sabtu dan misi mencari diteruskan sehingga 8.00 malam tadi. Ketua Tentara Laut mengumumkan menemui enam serpihan kapal itu bersama beberapa komponen dan barangan dalam kapal selam berkenaan.
Dalam tempoh beberapa hari ini kita menemui serpihan dan barangan dari lokasi terakhir kapal selam itu menyelam. Justeru, kita menukar status kapal selam itu daripada ‘hilang’ kepada ‘tenggelam’ kerana objek yang ditemui tidak mungkin datang daripada sebarang kapal lain kecuali KRI Nanggala 402.
Barangan itu tidak akan terkeluar dari kapal selam jika tiada tekanan luar atau tanpa kerosakan pada peluncur torpedo. Beberapa barangan termasuk serpihan torpedo, sebotol minyak pelincir bagi periskop dan sejadah turut ditunjukkan pada pemberita.
Kesan tumpahan minyak
Barang-barang ini tidak dimiliki oleh umum. Dan di sekitar radius 10 batu, tidak ada kapal lain yang melintas. Kemudian ahli ABK KRI Nanggala dan juga komuniti kapal selam diyakini bahawa ini adalah barang-barang milik KRI Nanggala.
Kesan tumpahan minyak di kawasan kapal selam berkenaan dipercayai hilang dalam memberi gambaran kemungkinan berlaku kerosakan tangki minyak. Malah, kapal selam itu dipercayai terputus hubungan ketika tenggelam sedalam 700 meter ke dasar laut dan melebihi keupayaan untuk bertahan terhadap tekanan persekitaran.
Laporan penuh KRI Nanggala 402
Sumber: Kompas.com, Tribun News