Misteri kehilangan kapal selam KRI Nanggala-402 akhirnya terjawab ditemui di dasar laut di perairan Bali setelah pihak berkuasa tempatan mengesahkan penemuan tumpahan minyak di lautan itu. KRI Nanggala-402 dipercayai hilang sejak 21 April lalu dan terbaru pihak berkuasa baru saja menemui enam serpihan datang dari kapal berkenaan.
Artikel berkaitan: Setelah 72 Jam Misi Pencarian, Pasukan Tentera Temui 6 Serpihan Kapal KRI Nanggala-402
Artikel berkaitan: Hilang Sejak 2 Hari Lepas, Bekalan Oksigen Kapal Selam Indonesia Hanya Mampu Bertahan Sehingga Esok Pagi
Terbaru, memetik laporan media tempatan iaitu Kompas.com memaklumkan kapal selam tentera Indonesia itu ditemui pecah dan kesemua 53 kru disahkan meninggal dunia.
Kesan visual sedalam 800 meter
Menurut Ketua Tentera Laut Indonesia iaitu Yudo Margono mengesahkan kapal selam berkenaan ditemui pecah ke tiga bahagian. Susulan insiden tersebut, kesemua 53 kru kapal selam telah disahkan meninggal dunia oleh Ketua Tentera Indonesia iaitu Hadi Tjahjanto.
Pihak berkuasa tempatan menerima isyarat dari lokasi pada kedalaman lebih 800 meter dengan menggunakan kapal selam penyelamat milik negara Singapura untuk mendapatkan pengesahan visual di dasar laut.
Tentera Laut Indonesia turut mengesahkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu termasuk barangan dari dalam aset, sebuah sauh dan sut keselamatan dipakai oleh kru. Antara barangan lain ditemui adalah serpihan sistem torpedo, sebotol minyak pelincir periskop dan sejadah yang digunakan untuk solat.
Sumber: BH Online, Kompas.com