Teka teki mengenai siapakah yang bakal mewakili Malaysia ke Miss Grand nanti akhirnya terjawab apabila Melisha Lin diumumkan sebagai Miss Grand Malaysia 2024, semalam. Tahniah!
Artikel Berkaitan: Layak Masuk Top 20 Di Pentas Akhir, Miss Grand International Malaysia Menang ‘Best National Costume’
Artikel berkaitan: Miss Grand International Malaysia Bawa 7 Puteri ‘Ulek Mayang’ Naik Pentas Malam Ini!
Tahniah!
Menunjukkan prestasi dan persiapan yang sangat baik sepanjang pencarian Miss Grand, Melisha telah membawa pulang wang tunai RM12,000 sekaligus menewaskan 11 peserta lain.
Selain dinobatkan sebagai pemenang, Melisha turut meraih tujuh anugerah lain iaitu Miss Eloquence, Miss Niang Jia, People’s Choice, Miss Puravida, Miss Olylife, Key Ng’s Preferred Choice dan King King Ambassador.
Menurut Melisha, dia sangat bersyukur dan gembira kerana dinobatkan sebagai Miss Grand Malaysia 2024.
Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya dan gembiranya saya dinobatkan sebagai Miss Grand Malaysia 2024! Perjalanan ini adalah bukti indah tentang kekuatan ketekunan, semangat, dan percaya pada diri sendiri.
Saya tidak akan berada di sini tanpa kasih sayang dan sokongan yang tidak pernah pudar daripada keluarga, rakan-rakan, dan setiap seorang daripada anda yang percaya pada saya.
Pertandingan Miss Grand Malaysia 2024 turut menyaksikan Geetha William sebagai pemenang tempat kedua dan Lilyannie Christie pemenang tempat ketiga.
Menerusi posting Malaysian Beauty Pagent Fc, Melisha memulakan perjalanannya dalam bidang peragaan menerusi Suprastar Search dan Miss Supranational Malaysia.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Melisha Lin