Keselamatan rakyat dan kedaulatan negara merupakan perkara asas bagi memastikan keamanan dan kestabilan Malaysia.
Justeru itu,Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan keselamatan negara masih di tahap terbaik dan rakyat tidak perlu bimbang, walaupun wujudnya dakwaan agen perisikan luar yang aktif di negara kita.
Kerajaan juga tidak akan sekali-kali berkompromi dalam memastikan keselamatan awam terus menjadi keutamaan dengan menggariskan teras keselamatan dan ketenteraman negara ini sebagai fokus utama dalam pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia.
Memetik ucapan Perdana Menteri sempena Perasmian 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia pada 9 Disember tahun lalu, kerajaan telah membuktikan kejayaan Aspirasi Keluarga Malaysia berdasarkan 6 teras utama yang telah ditetapkan.
Salah satu daripadanya adalah Teras 2 iaitu Menjamin keselamatan dan ketenteraman negara.
Kerajaan tingkatkan kawalan sempadan
Dalam menangani isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang semakin berleluasa, kerajaan melalui Kementerian Pertahanan telah meningkatkan kawalan sempadan melalui 37 Operasi Benteng dalam tempoh 100 hari.
Kerajaan turut menyediakan dua pos kawalan sempadan untuk meningkatkan kawalan keselamatan serta menguruskan warga asing, sekaligus membantu menurunkan kadar jenayah.
Melalui program ini, seramai 136,929 orang PATI telah dihantar pulang.
Perkukuh hubungan diplomatik dengan negara luar
Kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri sentiasa mengutamakan hubungan Malaysia dengan negara ASEAN.
Ini termasuklah pengukuhan keamanan dan keselamatan serantau serta sokongan berterusan terhadap Palestin.
Jelas Perdana Menteri, ia selari dengan prinsip ASEAN prosper-thy-neighbour yang seakan sama dengan nilai keluarga Malaysia yang ingin diterapkan kerana dengan hubungan yang baik antara negara jiran, negara dapat memperoleh kemajuan maksimum dari aspek keselamatan, sosial dan ekonomi.
Program pemberian vaksin
Walaupun negara dalam fasa peralihan ke endemik, COVID-19 masih bersama rakyat, justeru usaha pemantapan perkhidmatan kesihatan terus menerus dilakukan.
Melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dijalankan dengan serta merta, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa dan remaja juga mencapai peratusan tinggi.
Kerajaan juga mempertingkatkan kapasiti penghasilan vaksin tempatan dalam masa 10 tahun (2030).
Sejumlah dana juga diperuntukkan bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin COVID-19 dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada bekalan vaksin dari luar negara.
Naik taraf sistem amaran awal bencana
Dalam pada itu, kerajaan turut mempertingkatkan prosedur bencana alam dengan menaik taraf sistem amaran awal (EWS) di kawasan berisiko bencana di seluruh negara melalui Program Ramalan dan Amalan Banjir Negara (PRAB).
Kerajaan juga telah menarik taraf sistem ini dengan memperkasakan sistem perkongsian maklumat cuaca.
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri juga antara paling proaktif dan pantas dalam mengambil tindakan terhadap bencana banjir yang melanda negara.
Perdana Menteri juga berharap, dengan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan melalui Aspirasi Keluarga Malaysia, keselamatan dan kesejahteraan rakyat lebih terjamin dan kita dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan aman damai sentiasa.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kejayaan Keluarga Malaysia melalui Teras 2: Menjamin keselamatan dan ketenteraman Negara, korang boleh klik di sini.