Pelakon Park Seo Joon, 32, secara rasminya melebarkan sayap ke Hollywood selepas berangkat ke Los Angeles, California bagi menjalani penggambaran filem Marvels Studios ‘Captain Marvel 2: The Marvels’.
Sahut cabaran baharu
Mengesahkan berita gembira itu, pihak pengurusan Park Seo Joon mengucapkan terima kasih terhadap peminat terutamanya yang tidak putus memberi sokongan.
Bagaimanapun, pihak Awesome ENT enggan mengulas lanjut justeru butiran mengenai filem yang bakal dibintangi oleh pelakon berumur 33 tahun itu masih menjadi teka-teki.
Kami berterima kasih kepada orang ramai yang menunjukkan keterujaan dan sokongan terhadap Park Seo Joon sebagaimana dia menyahut cabaran baharu.
Kami sedar ramai orang ingin tahu tajuk filem yang bakal dia bintangi, watak, lokasi dan jadual penggambaran tapi kami akan kongsi nanti.
Pada Jumaat petang, pelakon yang menjadi kegilaan ramai wanita itu dirakam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
Menerusi rakaman foto, pelakon drama What’s Wrong with Secretary Kim mengenakan pakaian serba hitam dengan topi sambil ditemani pengurus dan pengawalnya.
Dalam pada itu, menurut laporan Soompi, Park Seo Joon menjadi pelakon Korea ketiga yang membintangi filem Marvel selain Claudia Kim (Avengers: Age of Ultron) dan Ma Dong Seok (Eternals).
The Marvels arahan Nia DaCosta itu dijadualkan akan ditayang pada 11 November 2022.
Sumber: Soompi