Dengar cerita, Borneo ni memang tak pernah habis dengan tarikan menakjubkan. Daripada keindahan semula jadi hingga ke pengalaman budaya yang unik, setiap inci Borneo penuh dengan cerita yang wajib diterokai! Dan sekarang, lagi senang untuk korang sampai ke destinasi-destinasi menarik di Sabah dan Sarawak dengan Batik Air.
Kenapa Batik Air?
Sebab kami faham apa yang korang perlukan untuk perjalanan yang selesa, mudah dan berbaloi. Dengan legroom yang luas, pilihan tambang fleksibel, dan servis yang tak kalah dengan syarikat penerbangan premium lain, Batik Air adalah pilihan terbaik untuk terbang ke Borneo!
Mulai 1 Disember 2024, Batik Air akan melancarkan laluan baru ke Sandakan, sebuah destinasi yang sarat dengan keindahan semula jadi dan tarikan budaya yang luar biasa. Sandakan bukan sahaja terkenal dengan orang utan di Sepilok dan keindahan Gua Gomantong, tapi juga sebagai pintu masuk ke pelbagai destinasi epik di sekitar Sabah.
Dari menyelam di Pulau Lankayan yang memukau hingga menjelajah alam liar di Sungai Kinabatangan, Sandakan adalah syurga untuk penggemar alam semula jadi dan pencinta pengembaraan. Tak perlu risau pasal perjalanan yang leceh, sebab Batik Air menyediakan 14 penerbangan mingguan terus ke Sandakan – mudah dan super convenient!
Ini antara destinasi lain yang wajib korang explore di Malaysia Timur..
Bukan Sandakan je, tau! Dengan Batik Air, korang juga boleh terbang terus ke Kuching, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, dan Tawau. Dan bermula 14 Januari 2025, laluan ke Miri juga akan dibuka.
Malaysia Timur ni kaya dengan biodiversiti, makanan unik, dan budaya yang memukau. Dari menikmati Laksa Sarawak di Kuching hingga hiking di Gunung Kinabalu, ada macam-macam aktiviti best menanti korang.
Lagi best, korang tak perlu pilih antara keselesaan dan harga sebab Batik Air tawarkan kedua-duanya!
Kenapa Pilih Batik Air?
Kalau korang nak travel tanpa stress, Batik Air adalah jawapannya, kerana ia menawarkan:
- Legroom Extra Luas
- Pilihan Tambang Fleksibel: Sesuai untuk semua bajet – SuperSaver, Value, Flexi dan juga Business Class.
- Harga Berbaloi: Walaupun mampu milik, kualiti dan keselesaan tetap dijaga.
Tambahan pula, Batik Air bukan syarikat penerbangan bajet biasa, di mana ia adalah syarikat penerbangan full-service dengan tambang berpatutan. Jadi, korang dapat pengalaman premium tanpa perlu berbelanja lebih.
Tak perlu tunggu lagi, jom terbang dengan Batik Air!
Dengan pelbagai pilihan destinasi dan servis premium, Batik Air memastikan setiap perjalanan korang penuh makna dan keselesaan.
Apa tunggu lagi? Jom rancang perjalanan korang dan terbang dengan Batik Air untuk pengembaraan menyeronokkan ke Sandakan, Kuching, Kota Kinabalu, dan banyak lagi destinasi menarik di Borneo!