berita

Terbaring Tidak Bernyawa, Bapa Mertua Duduk Bersila Baca Ayat Al-Quran Sebelah Jenazah

November 3rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu lah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan perasaan yang dialami oleh Roslan Ramlan sekeluarga apabila menantunya, Allahyarham Zulhilmi disahkan meninggalkan dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Katil, Melaka.

Lebih meruntun hati apabila melihat Roslan duduk bersila di pangkuan jenazah Allahyarham sambil membaca ayat suci Al-Quran.

Baca ayat suci Al-Quran disisi jenazah

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, Allahyarham Zulhilmi disahkan meninggal dunia selepas motosikal jenis Yamaha LC135 ditunggangnya itu merempuh bahagian hadapan sebuah kereta Perodua Myvi. Menceritakan perkara itu, Roslan memaklumkan sebelum kejadian menantunya itu telah keluar rumah untuk ke tempat kerja sementara dia pula keluar 10 minit kemudian dengan menaiki motosikal berasingan.

Tetapi siapa sangka, ketika melalui kawasan tersebut, dia memberhentikan motosikalnya dan melihat satu tubuh sudah terkaku di atas jalan raya disebabkan kemalangan yang berlaku. Tetapi pada ketika itu, Roslan langsung tidak mengesyaki apa-apa. Namun alangkah terkejutnya apabila melihat menantunya, Zulhilmi yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala sudah terbaring dengan keadaan tidak bernyawa.

Walaupun tahu dia dah tiada ketika itu, namun saya tetap membisikkan kalimah syahadah. Sementara menunggu jenazahnya dibawa ke Hospital Melaka, saya duduk sebelah dan membaca ayat-ayat suci al-Quran sehinggalah jenazahnya diangkat.

Allahyarham tinggalkan bayi 10 bulan

Roslan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang menantu, suami dan bapa yang sangat baik dan bertanggungjawab.

Saya bersyukur dapat menantu yang keluarganya mendidiknya dengan baik dan melayan anak perempuan saya begitu baik sehinggakan pinggan isterinya juga dicuci. Walaupun arwah bukan berpelajaran tinggi namun orangnya berakhlak tinggi dan segala kenangannya di rumah pasti akan akan dirindui.

Menurut sumber, Allahyarham Zulhilmi Razali telah meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan yang masih berusia 10 bulan. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Duyong.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani

SKIP THIS AD ×