Sekadar gambar hiasan
Sejak beberapa hari lalu, kecoh mengenai isu seorang pemuda tergamak melakukan hubungan terlarang dengan ibu kandungnya sendiri.
Berhubungan badan dengan ibu
Sekadar gambar hiasan
Lebih mengejutkan apabila mengetahui hubungan tersebut terjalin sejak 11 tahun lalu iaitu ketika pemuda itu masih dibangku sekolah menengah. Difahamkan, hubungan tersebut berterusan sehingga dia kini sudah pun mencecah usia 28 tahun.
Menurut sumber, pemuda tersebut bersama ibunya tetap melakukan hubungan intim di kediaman mereka meskipun tinggal sebumbung dengan si bapa.
Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana isu itu terbongkar, tetapi menurut ketua daerah iaitu Erman Safar, pemuda tersebut sedang dikuarantin.
Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati, pemuda berkenaan mengalami gangguan jiwa dipercayai berpunca daripada pengambilan dadah yang berlebihan sejak di bangku sekolah. Siasatan lanjut berhubung isu ini masih dijalankan.
Sumber: News Detik, Kompas