Taman tema air baharu, SplashMania Waterpark yang terletak di Gamuda Cove kini sudah mula beroperasi sepenuhnya dengan 24 gelongsor air serta 15 lagi tarikan tersedia buat semua pengunjung yang hadir.
Artikel Berkaitan: Sertai My Game On! #KitaSamaLevel Eratkan Komuniti Gamers Dalam Dunia e-Sukan
Berupaya tarik pelancong luar negara
Mempunyai keluasan seluas 18 ekar, SplashMania Waterpark yang dirasmikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bakal menjadi satu rangsangan dan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan Selangor sebagai negeri yang paling banyak dikunjungi oleh rakyat Malaysia.
Menurut Pengerusi Gamuda Berhad, Tan Sri Dato‘ Setia Haji Ambrin Bin Buang, SplashMania Waterpark merupakan tarikan baharu bagi Gamuda Cove itu bukan sahaja mampu menarik minat rakyat negara ini serta pelancong dari luar negara seperti Vietnam, Australia dan Singapura.
Bukan itu sahaja, pembukaan taman tema air ini juga mampu menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Antara tarikan yang menjadi taruhan ialah permainan Realiti Maya Waterslide pertama di Malaysia, Atlantis VR serta dua lagi tambahan baharu iaitu gelongsor air Monsta dan Twista yang sungguh berliku serta berkelajuan tinggi pastinya akan meningkatkan lagi adrenalin para pengunjung.
Disamping itu, terdapat juga gelongsor air The Shaka Waka, slaid tiub yang tertutup dengan kesan audio dan cahaya bagi mewujudkan lagi pengalaman unik buat pengunjung yang menaikinya.
Sekadar info, SplashMania Waterpark dikenali dengan slogan ‘Where Nature Meets Fun‘. Selain itu, taman tema ini diinspirasikan oleh alam semula jadi kerana 70% daripada taman tema ini dipenuhi dengan pokok-pokok serta tumbuhan asli membentuk landskapnya.
Jadi tunggu apa lagi, jom dapatkan tiket pembelian secara terus di kaunter atau secara atas talian di www.glplay.com.my