Slogan ‘polis dan masyarakat berpisah tiada’ acap kali kita dengar menggambarkan hubungan erat antara polis dengan masyarakat setempat. Seperti perkongsian Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, berkongsi mesej ucapan terima kasih daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Zul atas sikap keprihatinan dua anggota polis yang membantunya.
Terima kasih membantu
Foto: Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah
Menerusi mesej yang diterima oleh pihak Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah, lelaki tersebut menceritakan kejadian yang berlaku kepada dirinya. Kejadian tersebut berlaku pada pukul satu pagi, dan dia ketika itu telah ditahan oleh anggota polis ketika ingin membeli susu anaknya di sebuah kedai. Jelasnya, isterinya hanya mempunyai susu badan yang sikit ditambah pula dengan anaknya yang kerap menangis.
Lelaki tersebut turut menceritakan dia ‘terlupa’ Negeri Sembilan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan semua kedai hanya beroperasi hanya sampai pukul 10 malam. Pada akhir mesej tersebut, dia sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada dua pegawai polis yang dikenali sebagai Tuan Dini dan Tuan Fikri yang memberinya sekotak susu buat anaknya.
Dibawa ke balai
Foto: Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah
Setelah mendengar dan memahami situasi lelaki tersebut, anggota MPV NS 96 telah mempelawa lelaki tersebut ke taman perumahan IPD Kuala Pilah untuk diberikan susu formula bayi kepadanya secara percuma. Dengan itu, lelaki tersebut mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada polis Kuala Pilah diatas dedikasi dan keperihatinan polis kepada masyarakat. Di kesempatan ini, warga IPD Kuala Pilah mengucapkan jutaan tahniah kepada Encik Zul Hilmy kerana pertama kali menimang cahaya mata diatas kelahiran anak sulongnya. Semoga peristiwa ini menjadi kenangan terindah buat encik sekeluarga.
Lelaki tersebut juga telah dibawa ke taman perumahan IPD Kuala Pilah untuk mendapatkan susu formula kepada anaknya secara percuma. Pada akhir posting tersebut, pihak IPD Kuala Pilah mengucapkan tahniah kepada lelaki tersebut atas kelahiran anak sulungnya.