berita

Terdetik Nak Balas WhatsApp Status, Lelaki Terkejut Rakan Yang Dikenali Di Wad Sebenarnya…

December 4th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan ujian, andai kata kita diuji dari segi kesihatan atau kewangan, janganlah sesekali kita melatah sebaliknya kita harus lebih kuat dan menerima dengan hati terbuka.

Terbaru, seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan nama Amigul ada berkongsi pengalaman sedih yang dilalui ketika membalas Whatsapp Status seorang insan yang pernah dikenalinya.

‘Dia pergi dengan tenang’

Menceritakan kisah itu, Amigul Agim pada awalnya hanya membalas Whatsapp Status rakan yang dikenalinya, Hidayat ketika masing-masing menerima rawatan kanser di sebuah hospital. Mereka kemudian membawa haluan masing-masing. Dia yang langsung tidak mengetahui apa-apa berita kemudian terdetik untuk membalas Whatsapp Status yang dimuatnaik dengan menggunakan nombor telefon Hidayat.

Dia menyangka Hidayat adalah orang yang memuatnaik status tersebut tetapi lain pula yang jadinya apabila dia menerima balasan mesej yang sangat mengejutkan. Rupa-rupanya Hidayat sudah pun menghadap Ilahi pada 4 November yang lalu dan kini nombor telefon tersebut digunakan oleh isterinya.

‘Tengok dia kuat je’

Difahamkan, ketika mendapatkan rawatam dahulu, Amigul duduk bersebelahan dengan katil Hidayat. Dia menyifatkan Hidayat seorang insan yang sangat kuat walaupun pada ketika itu dia sedang berjuang dengan kanser. Tambah Amigul lagi, Hidayat disahkan menghidap kanser sejak usianya 18 tahun lagi iaitu pada tahun 2007.

Hampir 11 tahun Hidayat ‘bebas kanser’ tetapi tanpa diduga keadaannya secara tiba-tiba telah kembali merosot. Menurut isteri Allahyarham, walaupun rawatan sudah dilakukan tetapi kanser pada Hidayat telah merebak sehingga ke paru-paru dan tulang belakang. Sementara itu, Amigul memaklumkan dia kini masih mendapatkan rawatan untuk penyakit kansernya itu selain berharap dirinya diberikan kesembuhan.

‘Harap kau kuat bro’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka yang masih berjuang dengan kanser. Ada di antara mereka yang sudah lama berjuang dan ada juga dalam kalangan ahli keluarga pejuang kanser yang telah menghadap Ilahi.

Pengalaman netizen

Sumber: Amigul Agim

SKIP THIS AD ×