Sejak beberapa hari lalu, video kemalangan nahas membabitkan seorang wanita bernama Nurul Nazihah tular di media sosial. Lebih meruntun hati apabila mendengar tangisan si suami, Redzuan Jamil yang tidak mampu berbuat apa-apa saat melihat isterinya terperangkap sebelum maut terbakar di dalam kereta Proton Wira yang dinaiki mereka.
‘Awak keluar dulu’
Bercerita dengan lebih lanjut, Redzuan Jamil memberitahu kata-kata terakhir yang diungkapkan oleh isterinya adalah memintanya keluar dari kereta terlebih dahulu. Namun Redzuan mendakwa dia cuba memecahkan cermin dan buka pintu penumpang hadapan untuk selamatkan isterinya yang tersepit namun tidak berjaya kerana tangki minyak kenderaan tersebut tiba-tiba sahaja meledak. Orang ramai yang berada di lokasi kejadian sempat menarik dan menyelamatkan Redzuan Jamil.
Difahamkan, jenazah Nurul Nazihah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama kira-kira 3.40 petang semalam. Sementara menunggu urusan pengembumian, para wartawan sempat menemu ramah Redzuan Jamil dan bertanya keadaannya. Redzuan Jamil dilihat masih berada dalam keadaan trauma dengan insiden yang menimpa Allahyarham isterinya itu. Namun, soalan yang ditanya oleh wartawan berhubung video terakhir Allahyarham telah mengundang pelbagai respon daripada netizen. Saat ditanya soalan tersebut, Redzuan Jamil dilihat seperti menahan sebak dan hilang kata-kata untuk mengulas lebih lanjut pertanyaan itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan pertanyaan para wartawan yang dianggap sensitif dan tidak sesuai dengan keadaan Redzuan Jamil yang masih berduka dengan kehilangan isterinya. Malah Redzuan Jamil juga seakan tidak diberikan privasi oleh para media.
Video
Respon netizen
Sumber: TikTok