berita

Tergamak Curah Air Panas Masa Teman Lelaki Tengah Tidur, Siap Rakam & Muatnaik Dalam Snapchat Lagi!

February 5th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dibayangkan kesakitan yang dialami oleh seorang pemuda ini selepas badannya melecur angkara perbuatan tidak berperikemanusiaan teman wanitanya. Suspek dikatakan tergamak mencurahkan air panas terhadap mangsa semasa dia sedang tidur.

Curah air panas, rakam

Foto: DetikFood

Memetik laporan daripada Mirror UK, insiden ngeri itu berlaku pada 2 Januari lalu di sebuah rumah yang terletak di Chicago. Difahamkan, rumah tersebut didiami oleh pasangan kekasih ini. Ketika kejadian, mangsa sedang tidur di atas sofa sebelum dia diserang oleh teman wanitanya.

Menurut sumber, wanita yang dikenali dengan nama Alexis Skyes telah datang membawa bekas yang berisi air panas sebelum bertindak mencurahkan ke atas tubuh badan mangsa. Lebih mengejutkan apabila suspek tergamak merakam aksi tersebut sebelum memuatnaik ke dalam akaun Snapchat.

Saya rasa serba salah sekarang sebab dia mengalami luka tahap 2 & 3 dari muka ke pinggang dan dia kini dimasukkan ke pusat pembakaran. Dia menangis dan merayu suruh saya bawa ke hospital.

Suspek cuba larikan diri

Foto: Astro Awani

Malah, wanita ini juga tergamak menyembunyikan kunci kereta teman lelakinya walaupun pada ketika itu dia melihat kulit badan mangsa sudah hancur. Tetapi akhirnya, mangsa berjaya menemui kunci keretanya. Mangsa yang berada dalam keadaan lemah dan sakit terpaksa memandu seorang diri ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Susulan daripada itu, mangsa telah menerima pembedahan untuk mencantumkan kulitnya yang hancur itu. Menurut sumber, suspek yang berusia 22 tahun itu bertindak melarikan diri tetapi akhirnya dia berjaya ditahan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Mirror UK, New York Post

SKIP THIS AD ×