Misteri kehilangan seorang warga emas sejak enam hari lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan di dalam lubang najis di rumahnya petang tadi.
Kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Burung, Balik Pulau mencetuskan kemarahan orang ramai yang menganggap anak mangsa berhati binatang. Sedihnya.
Ditemui oleh seorang lelaki
Mayat Faridah Hashim yang berusia 63 tahun itu ditemukan dalam tangki najis di belakang rumahnya oleh seorang lelaki kira-kira jam 2.40 petang dipercayai mati dibunuh. Sebelum ini, ahli keluarganya telah membuat laporan polis berhubung kehilangan wanita itu pada 19 September.
Menerusi Awani, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan mengesahkan kejadian itu sambil memberitahu polis sudah mengenal pasti suspek. Sekitar jam 7 malam, anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri masih cuba mengeluarkan mayat mangsa.
Menurut perkongsian orang ramai, didakwa memang bermasalah ketagihan dadah dan suka hidu petrol. Dia juga dilaporkan mempunyai rekod jenayah. Namun pihak polis masih belum mengesahkan sebarang punca kejadian itu berlaku.
Tergamak kau bunuh mak sendiri
Binatang punya anak
Sumber : Astro Awani