Anak kepada pelakon, Elfira Loy iaitu Muhamad Rayyan Khalaf disahkan mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru selepas menjalani pemeriksaan X-ray, semalam.
Akhirnya terjawab
View this post on Instagram
Hari yang mommy nanti-nantikan, akhirnya terjawab after long on-off sick period. Today, mommy tergerak bawa jelah jumpa Dr walaupun macam selesema dan batuk saja. So, we went to And**ra buat rtk, test clear baru buat xray. The result came in, with infections at both lungs. Ada phlegm pula, Dr kata memang musim kids kena pneumonia. Ward pun tengah penuh. So, since Rayyan tak demam , boleh balik monitor dekat rumah saja lepas 2 kali Neb dekat emergency ward tadi. Hopefully akan terus sihatlah.
Di Instagram, Elfira memberitahu dia tergerak hati untuk membawa anak sulungnya itu untuk menjalani pemeriksaan selepas kesihatan Rayyan tidak menunjukkan perubahan yang positif biarpun telah ke klinik dan hospital yang lain sebelum ini.
Mencabar nak bagi ubat
View this post on Instagram
Di samping itu, Elfira turut berkongsi video memberi ubat kepada anaknya. Ujar Elfira, dia ‘automatik’ menjadi lemah apabila terpaksa melihat semua ubat yang akan diberikan kepada anaknya itu. Tambahnya, sebagai ibu memberi ubat kepada anak merupakan cabaran paling mencabar.
Bila kena bagi Rayyan makan ubat sorang sorang ni , memang kena perketatkan permainan kita sebagai seorang ibu. Balut dia. Duduk atas dia bagi tangan tak gerak ( jangan duduk betul pulak ). Pegang muka dia kuat kuat. Bagi dia nganga , spray ubat near to the throat. Fuh mommy setiap kali bagi ubat, bukan sebab dia tapi sebab kaki mommy memang akan auto lemah bila tengok ubat. So ni memang cabaran paling mencabar. Orang yang tak suka ubat, kena bagi orang lain makan ubat.
Sumber: Elfira Loy