berita

Tergerak Hati Nak Check Baki Akaun KWSP, Lelaki Ini Terkejut Bila Lihat Ada Pengeluaran I-Lestari

February 15th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, seorang pengurus syarikat swasta terkejut apabila wang dalam akaun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) miliknya telah dikeluarkan oleh individu yang tidak dikenali sejak tahun lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Muammar Gadafi Othman ini, memberitahu bahawa dia tidak menyedari mengenai pengeluaran berkenaan sehinggalah mahu mengeluarkan wang dalam akaun terbabit pada November tahun lalu.

Nampak nombor akaun lain

Semua orang tolong semak akaun EPF korang. Seorang individu telah berjaya mengeluarkan RM500 daripada akaun KWSP saya menerusi I-Lestari. Semasa saya melakukan pemeriksaan terhadap maklumat akaun bank, saya mendapati terdapat nombor akaun yang berlainan dan individu berkenaan telah menukar cara pembayaran menerusi cek bank. Oleh itu, saya berharap pihak KWSP dapat mengambil tindakan dan semua orang perlu melakukan pemeriksaan segera. Isteri saya pun turut terkena dan pengeluaran telah dilakukan sejak 16 November lalu.

Menurut Muammar, dia mula menyedari mengenai perkara tersebut apabila dia mahu membuat pengeluaran pada bulan November lalu. Ketika itu dia menyedari ada permohonan pengeluaran i-Lestari setiap bulan dari November hingga Mac 2021 untuk dikreditkan terus ke satu akaun lain. Tambahnya, dia juga ternampak ada nombor akaun lain yang tertera, namun tidak mengesyaki apa-apa sebelum menukar kembali ke nombor akaunnya.

Namun, apabila diperiksa akaun KWSP miliknya sekali lagi, Muammar mendapati individu terbabit berjaya mengeluarkan RM500 daripada akaunnya pada 17 November lalu secara cek bank. Oleh kerana terlalu risau, dia meminta isterinya untuk memeriksa akaun KWSP dan mendapati berlaku pengeluaran i-Lestari oleh individu lain juga.

Bukan periksa hari-hari

Sekadar gambar hiasan

Update terkini: Managed to call EPF. EPF managed to trace the scammer’s account number. Next step: police report!

Jelas Muammar lagi, dia tidak menerima sebarang makluman yang dihantar oleh pihak KWSP mengenai pengeluaran itu. Ujarnya lagi, akaun KWSP bukannya diperiksa hari-hari dan dia menyedari hal tersebut pun selepas ada urusan menggunakan akaun berkenaan.

Terbaru, Muammar turut memberitahu bahawa pihak KWSP berjaya mengesan nombor akaun scammer tersebut dan dia bakal membuat laporan polis hari ini.

Sumber: Muammar Gadafi Othman 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×