berita

Terharu Dapat Jumpa Kak Ton Setelah 2 Minggu, Harris Anuar Kini Bebas Covid-19

January 16th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, instafamous Harris Anuar disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari bercuti di Pulau Langkawi. Namun bagaimanapun, pihak pengurusan Harris telah tampil menafikan dia melanggar SOP ketika bercuti di sana.

Setelah dua minggu menjalani kuarantin kendiri, kini, Harris Anuar telah kembali pulih dan dia sendiri berkongsikan keputusan negatif ujian saringan terkini. Perkongsian di Instagram Harris yang lebih sebak ketika saat dia bertemu dengan ibunya.

Artikel berkaitan: ‘Maaf..’ – Instafamous Harris Anuar Positif Covid-19, Minta Kontak Rapa Buat Saringan

Artikel berkaitan: Pihak Pengurusan Nafi Harris Anuar Langgar SOP Ketika Bercuti Di Langkawi

Artikel berkaitan: Kak Ton Terkilan Harris Anuar Teruk Dikecam Netizen Selepas Positif Covid-19

Alhamdulillah…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Di Instagram Harris, dia turut berkongsikan keputusan menerusi surat pelepasan isolasi untuk kes positif Covid-19. Merujuk surat berkenaan, pihak pegawai perubatan telah sahkan Harris menjalani kuarantin kendiri sejak 4 Januari sehingga 15 Januari iaitu selama 12 hari.

Harris meluahkan rasa syukur kerana diberi kesembuhan dan dapat menjalani kehidupan normal semula. Dia juga tidak perlu menjalani tempoh isolasi lagi dan dibenarkan untuk bekerja.

Aboy dah balik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Lebih sebak lagi apabila Harris sempat merakam momen sewaktu dia kembali ke rumah dan bertemu dengan ibunya iaitu pengasas kosmetik terkenal, Kak Ton. Dalam video tersebut, Harris tidak membenarkan ibu memeluknya dan dia mengambil keputusan untuk mandi dan sanitasi badan terlebih dahulu sebelum mendekati orang tersayang.

Sumber: Harris Anuar

SKIP THIS AD ×