Foto: Adila Kaman
Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Adila Kaman, berkongsi pengalaman cemasnya apabila seeokor ular sepanjang 3.6 meter yang telah memasuki enjin keretanya. Bau busuk seakan-akan bau bangkai ditambah pula lalat yang menghurung di keretanya merungkai 1001 persoalan.
‘Kereta bau bangkai’
Jelas gadis ini, ketika pulang dari kerja dia mengambil keputusan untuk berhenti bagi mengisi angin tayar keretanya. Namun, dia terkejut apabila terdapat darah yang menitik di bahagian depan keretanya. Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan dia berasa cemas kerana di bahagian depan sama sekali tiada kesan langgar.
Bagaimanapun, dia ketika itu tidak mengambil sebarang tindakan dan hanya menunggu bantuan sampai bagi mengenal pasti darah yang menitik di tempat tersebut.
‘Ular sebesar lengan lelaki’
Bila disiasat rupa-rupanya darah yang menitik tersebut angkara seekor ular yang ‘tersepit’ di bahagian enjin keretanya. Ujar gadis ini lagi, dia dibantu oleh rakan-rakan sekerjanya digelar sebagai Minions. Bahkan, jika dilihat menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat saiz ular yang besar itu.
Tidak berakhir di situ, proses untuk mengeluarkan ular tersebut juga agak rumit dan kawan-kawannya perlu membuka bateri keretanya bagi mengeluarkan ular tersebut.
Ular berjaya dikeluarkan
Apa yang lebih mengejutkan, apabila ular tersebut telah berjaya ‘sampai’ ke bahagian dashboard dan gadis ini terpaksa ke bengkel bagi memeriksa semula bahagian depan keretanya. Bagaimanapun, dengan bantuan rakan-rakannya itu, bangkai ular itu berjaya dikeluarkan oleh rakan-rakannya.
Di penghujung thread, gadis tersebut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya yang sanggup membantunya daripada mula hingga ke akhir sehinggakan mereka tidak sempat lagi untuk makan.
Video ular ditarik
TW: Untuk yang risau, nobody killed it. It was already dead, sebab tu boleh perasan ada ular mati. Awal thread lagi dah tulis bau bangkai. Jangan la cakap kitorang bunuh. Kalau hidup, panggil bomba la. ? pic.twitter.com/IAU9FESRX3
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Foto kejadian
Sumber: Adila Kaman