berita

Terima Barang Sepantas 3 Jam, Jom Pos Barang Korang Guna FireFly Air Cargo!

April 30th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Shout Out!

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, perkhidmatan kurier servis memang mendapat sambutan ramai. Maklumlah, ramai orang yang shopping online je sebab malas nak bersesak-sesak dekat luar. Lagi-lagi nak dekat raya ni, mesti nak hantar barang untuk yang tersayang kan walaupun jauh.

Tapi, ramai juga yang merungut sebab barang lambat sampai. Risau juga nak menunggu kurier yang makan masa berhari-hari. Ha..korang tau tak ada satu alternatif lain yang korang boleh guna untuk pesan atau terima barang dengan cepat?

Mestilah dengan FireFly Air Cargo. Dengar cerita servis mereka bagus jugak dan ada juga tawaran lain sempena Ramadan ni. Jom tengok!

Penghantaran pada hari yang sama dengan diskaun serendah RM30

Mulai sekarang, korang dah boleh guna servis dari FireFly Air Cargo tau! Kalau ada nak hantar barang dekat kampung tu, mereka boleh bantu korang dengan membuat penghantaran pada hari yang sama. Takdelah risau barang korang delay lama-lama kan?

Tapi penghantaran tu takdelah direct rumah korang. Servis ini hanya dari airport ke airport saja ya. Antara lapangan terbang yang terlibat adalah:

  1. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (SZB)
  2. Lapangan Terbang Bayan Lepas, Penang (PEN)
  3. Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (TGG)
  4. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu (KBR)
  5. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar (AOR)
  6. Lapangan Terbang Langkawi, Langkawi (LGK)
  7. Lapangan Terbang Senai, (JHB) **AKAN DATANG**
  8. Lapangan Terbang Kota Kinabalu (BKI) **AKAN DATANG**
  9. Lapangan Terbang Kuching (KCH) **AKAN DATANG**

Paling best, mereka ada bagi tawaran diskaun sehingga 40%. Harga paling murah korang boleh dapat serendah dari RM30, tidak termasuk cukai sst 6%. Okay sangat lah kan, dalam masa lebih kurang 3 jam je barang korang sampai. Tapi ini khas untuk musim Ramadan kalini je tau!

Barang apa yang boleh dihantar guna kurier ni?

Selain itu, untuk korang yang tertanya-tanya, jenis barang yang macam mana korang boleh hantar dengan FireFly Air Cargo ni. Antaranya adalah:

  1. Makanan atau barang mudah rosak – seperti Kuih Raya, Rendang atau tumbuh-tumbuhan. Tapi perlu dibungkus dengan kemas bagi mengelakkan tumpahan.
  2. Produk solekan atau kosmetik – boleh dihantar dengan pembungkusan yang betul. Walau bagaimanapun, produk yang mengandungi alkohol seperti minyak wangi tidak dibenarkan.

Kalau korang nak tahu macam mana cara mudah nak pack bungkusan korang tu, boleh tengok dekat SINI.

Servis yang mudah untuk digunakan!

Ha.. buat korang yang tak tahu macam mana nak guna servis ni, meh sini nak share! Senang je. Apa yang korang perlu buat adalah:

  1. Memuat turun borang di laman web FireFly
  2. Isikan borang dengan lengkap
  3. Bawa bersama bungkusan untuk dihantar ke kaunter Firefly Air Cargo di lapangan terbang berhampiran
  4. Pilih masa penerbangan
  5. Bungkusan sedia diambil dalam masa yang ditetapkan

Macam mana guys? Nak senang nanti, korang ikut je steps diatas tu.

Tunggu apa lagi tu? Mudahkan urusan korang dengan FireFly Air Cargo sekarang!

Jadi, korang tunggu apa lagi? Kalau nak hantar barang tu tak payah dah nak fikir lama-lama nak guna kurier apa. FireFly Air Cargo kan ada! Bukan setakat cepat, malah murah berbanding yang lain!

Nak tahu lebih lanjut tentang mereka, korang boleh layari laman web INI ya.

SKIP THIS AD ×