berita

‘Terima Dengan Hati Yang Terbuka’ – Neelofa Mohon Maaf Sekali Lagi

April 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Umum mengetahui, Noor Neelofa Mohd Noor telah dikenakan kompaun sebanyak RM20 ribu kerana tidak mematuhi standard operasi piawai (SOP) bagi mengekang Covid-19.

Artikel berkaitan: Tidak Patuh SOP Wedding & Langgar Tujuan Rentas Negeri, Netizen Dakwa RM20k ‘Celah Gigi’ Neelofa Je!

Artikel berkaitan: Ingkar SOP Majlis Pernikahan, Neelofa & Keluarga Dikenakan Kompaun RM60k

Menerusi Facebook Neelofa, dia mengetahui dan sudah dimaklumkan mengenai kompauan yang dikenakan terhadapnya dan suami iaitu PU Riz.

Terima dengan hati yang terbuka

Assalamualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris. Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP.

Menurut Neelofa, dia berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kesnya. Tambahnya, dia ingin memohon maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian mereka yang terlibat.

Sumber: Neelofa

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×