Penyanyi, Ronnie Hussein menerima enam jahitan pada bahagian dahi selepas terbabit dalam kemalangan ketika berbasikal berhampiran Puteri Harbour, Johor Bharu, semalam.
Tiada apa yang serius
Menurut Ronnie, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 10.30 malam. Tambahnya, dia tidak dapat mengenal pasti punca kemalangan kerana basikal miliknya itu juga berada dalam keadaan baik.
Alhamdulillah tiada apa yang serius cuma pada bahagian dahi dan pipi saja koyak sedikit. Saya menerima enam jahitan pada bahagian dahi. Syukur juga kerana saya memakai ‘helmet’. Mujur, tiada apa yang patah. Malah, saya memakai seluar dan baju berlengan panjang yang mana turut membantu mengurangkan kecederaan lebih serius pada bahagian lain.
Saya bertiga bersama kawan-kawan namun saya di belakang beberapa meter. Secara tiba-tiba ‘handle’ basikal saya hilang kawalan. Saya hampir pitam namun saya menguatkan diri, mujur juga kawan-kawan cepat sedar saya terjatuh. Saya pun tak pasti punca kemalangan kerana basikal saya pun berada dalam keadaan baik. Mujur pada ketika itu tidak banyak kereta kerana jalan itu sebenarnya memang lazimnya sesak.
Mata sedikit bengkak
Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Ronnie segera sembuh. Pelantun suara ‘Dikoyak Waktu’ itu turut meluahkan rasa bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan memohon doa orang ramai.
Cuma hari ini mata saya sedikit bengkak dan saya ingin membuka balutan pada bahagian dahi ini sebentar lagi. Doakan saya cepat sembuh. Kebetulan hujung minggu ini saya ada persembahan, saya harap agar bengkak ini cepat surut. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Sumber: Ronnie Hussein
Amirul Asraf
Latest posts by Amirul Asraf (see all)
- Bimbang Masalah Sosial Semakin Berleluasa, Jefri Nichol Saran Pendidikan S*ks Diajar Di Sekolah - 21/01/2025
- [VIDEO] Shahrol Shiro Buat Laporan Polis, Dakwa Harith Iskander Buat Lawak Persenda Agama - 21/01/2025
- [VIDEO] Liya Maisarah Dedah Pernah Terima Beg Tangan Bernilai RM32k Semasa Bercinta Dengan Suami – ‘Saya Tak Pernah Kikis Dia’ - 20/01/2025