berita

Terima Hadiah Dari Google Kerana Nama Anak ‘Google’, Ini ‘Troll’ Lawak Netizen

July 5th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia kerana nama. Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan kepada pasangan yang menamakan bayi mereka ‘Google’. Selepas viral di media sosial, pasangan ini sering menjadi bualan netizen serata dunia sehinggga syarikat Google sendiri memberikan hadiah.

Namun apa yang menghiburkan hati kami, apabila masing-masing membuat troll di ruangan komen. Yelah siapa tahu lepas ini namakan anak Ferrari dapat betul kereta mewah itu kan?

Dapat hadiah dari Google

Difahamkan, pasangan Andi Cahya Saputra dan Ella Karina itu menerima hadiah istimewa daripada Google yang dihantar menggunakan teksi terus ke rumah mereka di Bekasi, Indonesia. Syarikat Google telah menghubungi bapa kepada bayi itu untuk memberi kejutan.

Syarikat Google mengucapkan tahniah kepada kami serta mendoakan supaya bayi Google menjadi insan yang berguna dan akan membantu ramai orang apabila besar kelak.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu tidak berkongsi apakah hadiah yang diterima daripada pengurusan Google. Namun ramai yang meneka hadiah itu semestinya mewah dari syarikat teknologi gergasi dunia itu.

Hanya Google

Google yang lahir pada 30 November lalu turut mempunyai pilihan nama lain seperti Microsoft, iPhone, iOs, Windows dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka akhirnya menukar fikiran iaitu Google dan berharap agar dia menjadi anak yang berguna.

Namanya Google. Hanya satu perkataan, G-o-o-g-l-e.

Di twitter, netizen mula membuat troll menamakan anak mereka dengan jenama-jenama mewah. Adui lawak pulak!

Muhammad bungalow audi

Nurbank negara

Nur Bmw?

Muhammad Ysuku

 

Sumber : Shabina

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×